Perancangan yang panjang
Salam Sejahtera Pengunjung Semua.
Pendek penulisan aku kali ini . Malaykord mengalami gangguan paling panjang sepanjang 12 tahun yang lalu pada tanggal 20 October 2021. Malaykord telah offline dan mengalami gangguan sepanjang 2 jam dari pukul 6 Petang sehingga 8 Malam. Sepanjang 12 tahun rasanya ni downtime yang paling panjang pernah Malaykord alami. Gangguan ini adalah berpunca dari penyelenggaraan domain yang perlu diperbaharui dan kemaskini DNS terbaru. Perkara ini perlu dilakukan untuk satu-satu jangka masa rasanya lebih elok 3 tahun atau 5 tahun sekali. Oleh kerana Malaykord mempunya data yang semakin besar jadi semakin banyak masa perlu di ambil untuk satu-satu penyelengaraan. Minta maaf dari Pihak kami untuk pengunjung semua dan terima kasih kerana kesabaran anda semua.
2 bulan lebih lagi rasanya untuk masuk ke tahun 2022. Malaykord telah pun bersiap untuk satu perancangan jangka masa panjang. dan tahun berikutnya adalah perancangan jangka masa panjang ini akan kami laksanakan satu per satu. Sudah masanya Malaykord terus berevolusi untuk mendapat kesegaran baru kepada pengguna-pengguna semua. Doakan kami terus tekad meneruskan kerja-kerja ini. Dan semoga penulisan seterusnya memberi khabar berita yang lebih baik.
Tahun ini pada kami adalah tahun menyerah. Sepanjang 2 tahun ini kita semua di uji dengan pandemik yang dahsyat ini. dan begitu juga dengan aku dan team Malaykord, masing-masing mengalami kesukaran yang sama. Keadaan yang tidak menentu dan sentiasa berubah ini membuatkan kekangan yang tinggi untuk kami perform dengan projek-projek Malaykord. dan kesudahannya banyak perkara perlu dilupakan dan disimpan didalam arkib dan ada juga hanya tinggal angan-angan. Sedih bila dikenangkan. tapi aku pasti bukan aku sorang sahaja yang mengalami perkara ini siapa sangka perkara tidak diduga ni terjadi kan.
Jadi dalam tahun ini juga aku mengubah cara berkerja. Akibat surival mode terlalu tinggi. aku lebih banyak mengarang dan merencana idea-idea dari melaksanakan. dan dari situ aku cuba untuk melihat dimana kelemahan dan kekuatan idea-idea aku. banyak aku abiskan masa dengan menulis, merencana dan membaca dari membuat kerja dan itu sangat berlainan dengan cara kerja aku sebelum ini. Akibat kekangan masa aku terpaksa buat perkara ini. Aku harap aku dapat comeback dengan keadaan yang bersedia bukan lagi dalam keadaan baru nak berfikir nak buat apa. Insya Allah
blog Chords , blog Lirik , blog Lyric , blog mp3 , blog lagu , blog 4share , blog kord , blog online , blog download , blog piano , blog ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment