2023 | Killjols 2023 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord #3 Di Malaysia


Sekian lama tak bercakap cakap pasal Malaykord ni , Tahniah Malaykord dah jadi Top 3 Malaysia Music Website agak2 boleh beat spotify tak? LOL, 1.1 Juta Users. 14 Juta Views sebulan. Thanks Siapa yang setia dengan Malaykord dari dulu sampai sekarang. Dah sampai tahap ni kami duk berperang dengan h4cker je hari2. Penat.
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hidup ini Singkat

 Hidup ini terlalu pendek untuk hanya mencuba-cuba dan berada di antara dua pilihan. Sebaliknya, setiap pagi adalah peluang baru bagi kita untuk berubah dan membuat perbezaan dari apa yang telah kita lakukan semalam. 

Jangan membuang masa kita dengan terlibat dalam drama yang tidak berkesudahan bersama orang yang hanya ingin kita menjadi pelakon drama ciptaan mereka. kita bukan pelakon , kita penghidupan. Kita perlu berfungsi dan berguna. Bukan berpura menjadi orang berguna.

jika gagal pada siang hari cuba untuk menangis sekuatnya pada malam hari dan bangun menjadi orang yang seakan tidak punya air mata lagi untuk gugur, dan teruskan dengan perjalanan yang baru.

Hidup ini bukanlah tidak bertujuan, jika kita bangun esok pagi sebagai seorang ayah jadilah ayah yang terbaik dan tidur. Jika bangun esoknya sebagai seorang anak jadilah anak yang baik dan tidur. dan begitu juga menjadi suami, isteri malah pengemis sekalipun jadilah pengemis yang paling bertujuan.

"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup" - Hamka

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Apa itu Hujan ?

Hujan adalah bunyi malam yang asli 

Hujan adalah catatan janji yang terputus 
dan setiap satunya di hantar semula ke tanah untuk dibersihkan

hujan adalah kehidupan yang dipotong seribu

hujan adalah anestetik koronari

hujan adalah dunia yang menangis untukmu
di saat tiada siapa yang ingin melakukannya

hujan itu belas kasih
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hal Penting

 Setiap hari dunia akan 

menarikmu dengan tangannya dan 

menjerit


"Ini Paling Penting"

"Dan ini Lagi Penting"

"Anda Perlu Risau Tentang Ini"

"Ini dan Ini dan Ini!"


Dan setiap hari ia bergantung

pada dirimu sendiri 

untuk menarik tanganmu

dan letakkan di dadamu

dan berkata


"Tidak, Ini Yang Penting"

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Lokman dan Taran

Lokman hari ini dia free, Yela Sebab hujung minggu kan, so dia bawak lah anak dia jalan-jalan naik keldai. Destinasi yang ingin di tuju adalah sebuah pantai yang indah untuk tujuan beriadah dan menenangkan diri.

Lokman pun cakap kat anak lelaki dia. "Taran ko naik la Keldai ni dulu, biar bapak jalan kaki tarik keldai ni, Keldai ni dia dengar cakap bapak je kang kalau ko bawak kene terajang pulak dengan keldai ni".

Taran pun menjawab "Alright Bapak".

So mereka pun berjalan sehingga melalui sebuah kedai menjual tasbih kayu. si penjual tasbih itu pun berkata sesuatu dengan rakan sekerjanya tetapi perbualan itu didengar oleh lokman dan anaknya.

"Tengok budak zaman la ni, tak reti nak menolong mak bapak. tengoklah tu contohnya badan dah elok kuat tapi biar bapak dia jalan kaki dia pulak dok relek atas keldai tu"

Mendengar dari kata-kata si penjual tasbih itu. Taran pun menyuruh ayahnya untuk naik ke atas keldai dan biar dia yang pula yang berjalan kaki, kerana di lihat keldai itu pun sudah serasi dengannya.

"Bapak pulalah naik hari sudah mula panas, bapak tu ada darah tinggi kang pengsan kena panggil ambulan pula". kata Taran kepada bapaknya.

"K" jawab Lokman ringkas

Mereka pun meneruskan short vacay mereka dengan keldai ke destinasi seterusnya. Sesampai di kedai menjual ikan kering. Seorang makcik pula menegur lokman. 

"Man Ape sian nau anak kau ni ko biar dia jalan kaki ni man, bapak jenis apa ko ni man kang aku amik video viral ni man buat tajuk 'Bapak tak pandai jaga anak'". Kata makcik itu sambil kembang kempis hidungnya.

Mendengar kata-kata itu lokman cuba untuk tidak menggelabah, membisik kepada anaknya biarlah dia yang berjalan pula kali ini. Tetapi Taran berusaha untuk berfikir ayat yang sopan untuk menolak permintaan ayahnya oleh kerana dia pernah di kecam oleh penjual tasbih sebelum ini jika membiarkan ayahnya berjalan.

Tiba-tiba Taran mendapat idea yang bernas. "Ok Bapak relek, Taran ada idea, kita naik je keldai ni sekali HA HA" 

"K" jawab ayahnya ringkas.

Mereka pun meneruskan Travelling mereka ke destinasi seterusnya sambil menunggang keldai bersama sekali.

Sesampai di hadapan kedai mamak, sekumpulan anak muda yang sedang ponteng kerja menjerit kepada mereka.

"Apa ke bangang anak beranak ni pergi naik keldai kecik tu dengan badan bagak besar macam tu" Jeritnya sambil mengangkat tangan seperti Ahli Parlimen Hulu Langat.

"Bodoh gila tu siak &&$%&@(($" Sahut rakannya seorang lagi dengan perkataan trend terkini berserta shortform yang tak difahami oleh Lokman dan Taran serta penulis cerita ini.

Taran yang sebelum ini agak bangga dengan idea bernasnya cuba untuk tidak terganggu sekali lagi perlahan lahan ke belakang kedai itu, dan berbincang dengan ayahnya.

"Bapak, aku sudah tidak mahu naik keldai ini, dan aku juga tidak mahu membiarkan Bapak di hina dan di caci jika ada yang melihat aku berjalan kaki sedang kau senang di atas keldai bapak" berkata Taran seperti ala-ala dialog skrip P Ramlee dalam Bujang Lapok.

"Jika begitu sudah tiba masa kita untuk pulang Taran". Cadang Lokman.

"Ya Bapak, mari kita pulang kita jalan kaki sahaja ya, jangan ada sesiapa yang menaiki keldai ini, kita cancel sahaja niat kita untuk beriadah dan bergembira" Cadang Taran pula.

"K" jawab Lokman.

Mereka pun kembali melalui jalan pulang yang sama dan sampai ke depan kedai mamak yang tadi sekumpulan anak muda itu pun kembali bersorak dan bergelak ketawa melihat mereka yang tidak menaiki keldai itu.

"Ah sudah dua-dua tak naik pulak HAHAHA" Gelak Mereka.

"Bodoh piang ni anak beranak, sudah lah berpatah balik menyusahkan diri pula" Sambut rakannya sekali. 

Luqman dan Taran menghindarkan diri dan meneruskan jalan pulang.

Sesampai di kedai ikan kering Makcik itu pun berkata "Ini kebodohan yang nyata sudah punya keldai tetapi tidak pula digunakan sebaik mungkin" berkata makcik itu sambil mengibas ngibas lalat.

Taran dengan sabar memekakkan telinganya dan meneruskan perjalanan.

Sesampai di kedai penjual tasbih. Si Penjual Tasbih pun berteriak "Manusia ini dikurniakan akal dan fikiran, nampaknnya hari ini aku menyaksikan manusia ini tidak menggunakannya dengan baik" Sambil menunjukan tangannya ke aras Lukman dan Taran.

Taran yang sudah bersabar selama ini. Tersenyum dan perlahan lahan ke arah si penjual tasbih itu dan terus melalukan tendangan jarak dekat jenis akrobatik bergaya terus tepat kearah hidung si penjual tasbih itu. 

Melihat situasi tegang itu, Yang pada ketika itu anak muda di kedai mamak berserta makcik penjual ikan kering yang menyaksikan keadaan di situ terus menelefon polis dan ada juga yang merakam aksi itu untuk dikongskikan di media sosial.

Dan akhirnya Taran dan Lokman di tangkap atas kesalahan mencederakan orang awam. Dan keldai mereka di sita kerana tidak mempunyai cukai perjalanan. Dan hasil dari video yang dirakam oleh orang disitu. Lukman dan Taran disisihkan ahli keluarga dan masyarakat oleh kerana keganasan dan kesalahan yang dilakukannya.


Di akhir cerita ini. Lukman Dan Taran akhirnya hanya bermalam di Lokap malah masih lagi disisih dan dihina oleh masyarakat sekeliling. Malah Tujuan asal mereka untuk bercuti dan bergembira langsung tak dapat. 


Nota: Setiap keputusan yang kita nak buat akan ada hasil akhirnya yang kita tuju dan kita akan buat sebaik mungkin untuk capai matlamat itu. Di setiap perjalanan itu akan ada proses yang perlu di lalui. Terdapat pelbagai elemen yang dapat mempengaruhi sesebuah keputusan. Persepsi dan hasutan orang sekeliling itu sangat lemah dan bersifat rawak kerana mereka tidak tahu apa-apa elemen dari keputusan yang kita buat dan proses yang kita lalui itu hanya kita sahaja yang bertanggungjawab atas akibatnya. Orang di sekeliling mereka bersifat sementara dan tidak kekal dalam proses. Apa yang mereka ingin lihat hanyalah proses akhir dan keputusannya. Mereka tidak langsung mempedulikan proses dan perjalanan dalam membuat keputusan yang kita dah buat. Malah kalau kita memberi butiran sekali pun mereka tidak ingin tahu kerana bagi mereka proses yang kita lalui itu langsung tak memberi kesan pada hidup mereka. Mereka hanya mahu lihat hasil akhir dan seterusnya perkara itu akan dilupakan. Mereka ingin lihat apa yang mereka nak lihat dan mereka hanya ingin tahu apa yang mereka nak tahu. Berpegang teguhlah dengan keputusan yang kita dah buat kerana di akhirnya susah atau senang yang dialami adalah diri sendiri. 


Nasihat Luqman Al Hakim kepada Anaknya:

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi orang yang berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T semata-mata. Barangsiapa yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.."


P/S: Cerita ini diolah dari kisah Luqman Al Hakim dan bukan jalan cerita yang sebenar cuma di adaptasi dari kisahnya sahaja.

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Jiwa telah habis di jual

 Perdagangan di sini bukan hanya 

wang dan nama. 


Tapi ia tentang jiwa.

jiwa ini dijualkan disini

dengan pelbagai tanda harga


ada pelbagai pembeli disini 

menawarkan pertukaran yang gila


Demi Mereka,

hanya yang gila tak menerimanya


Demi Tuhan

biar aku jadi gila


Seperti di mata Qaisy hanya ada Laila

izinkan..

SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kembali Pada Tuhan - Jalaluddin Rumi

 Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,

maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.


Begitulah caranya!


Jika engkau hanya mampu merangkak,

maka merangkaklah kepadaNya!


Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,

maka tetaplah persembahkan doamu

yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;

kerana Tuhan, dengan rahmatNya

akan tetap menerima mata wang palsumu!


Jika engkau masih mempunyai

seratus keraguan mengenai Tuhan,

maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.


Begitulah caranya!


Wahai pejalan!

Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,

ayuhlah datang, dan datanglah lagi!


Kerana Tuhan telah berfirman:

"Ketika engkau melambung ke angkasa

ataupun terpuruk ke dalam jurang,

ingatlah kepadaKu,

kerana Akulah jalan itu."


- Jalaluddin Rumi

SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Mencari Rumi Kembali

Bagai musafir terlupa bermukim

masih berjalan masih bersalin

kulit bersalin baju aku

tersia lupa mana tuju


sudah tiba masa aku pulang

menelanjang kembali

segala perisai kemunafikanku

dihadapan yang betul mengenal diriku

yang betul mencintai diriku

yang betul menerima apa ada ku

yang betul selalu mengetuk hatiku


sudah tiba masa aku 

kembali mencari RUMI

kembali menari dalam RUMI

dengan cara RUMI


sungguh dunia itu biarlah saja di tanganku

bukan hatiku

SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Motivasi Infiniti

Selalu berbisik tentang .
Aku tidak gembira kini tetapi aku akan bahagia kemudian.
jadi jalan ceritanya berkerja seperti.
Kebahagian itu kemudian. tidak pernah sekarang.

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Selepas Majlis aku.

Jika aku yang menghadiri. Majlis kamu.
atau kamu yang melihat majlis aku.

aku akan tunggu disini.
sehingga roh kamu naik menemani aku.

kita akan terbang mencari.
dimanakah tempat yang bagus untuk
menghantui.

seperti di novel horror.
di tepi rumah pantai dengan sinaran mentari.
kita menggeletek anak-anak kecil sehingga ketawa.
mereka tidak akan pernah tahu mimpi buruk yang kita juangkan.

kita adalah langit kita sendiri.
tiada masa akan menunggu.
kerana kita tiada lagi disini.
kita hanya menghantui.
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Tulang.

Kau boleh kotorkan kertas itu dengan dakwat.
kau conteng segala dan campakkan menjadi ia berwarna.
hingga orang kenal akan kau . dan siapa kau. apa yang kau suka.
kau boleh pakai baju yang memberi kau kuasa didunia.
kurangkan berat beban hingga tiada apa yang tinggal.

Cat muka. sehingga tersedut kedalam usus.

Tapi dalam gelap ini . waktu tulang ini menyerap sejuk.
tiada pakaian tiada apa yang menutup jasad.
apa yang ada. Hanya kau .
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Orang Asing

 Malam itu kau melewati ku, 

aku tersenyum dan kau membalas senyumku.

aku mengelip mata.

dan kita berada di majlis kahwin kita.

dan aku memandang kau.

"tunggu kejap, apa ni?"

dan kau memandangku kembali keliru.

kau mengelip mata.

dan kita berada di sebuah rumah dengan 

sebuah gambar keluarga dimana kau dan aku berada didalamnya.

dan kau bertanya

"Siapa awak ni?" dan aku membalas

"Siapa saya? siapa awak dan apa yang berlaku?"

dan aku mengelip mata

ada anak kecil berlari melewati kau,

ketawa dan memeluk kaki ku

dadaku mulai rasa sakit.

dan kau menutup mata mu sebentar.

refleksi muka kau di depan cermin.

Rambut kau mulai kelabu. 

dan kau mengalirkan air mata. "Tolong, Tolong berhenti"

dan aku memegang tanganmu. 

"Maaf ini bukan saya, bukan saya yang lakukan semua ni".

aku cuba menutup mata.

Dan aku di majlis graduasi anakku 

dan kau merehatkan kepala di bahuku

"macam mana semua ini terjadi?"

Aku menjawab "Aku tiada jawapan untuk ini".

dan aku harap masa berhenti sebentar.

aku selesa kepala kau di sisi ku.

walau aku berada di majlis pengebumian ayahku

dan kau menutup matamu cuba lelap.

dan kita berada di rumah kosong , menunggu panggilan

yang tak kunjung tiba dari mereka. 

dan kau berkata. "Jika saya tahu saya takkan..."

aku menutup mata. dan kau juga.

dan kau berada di katil hospital. 

aku memegang tanganmu dan menundukkan kepala aku

aku mencium mu

aku mencium mu

aku mencium mu

hingga aku tak tersedar

ia seperti pertama kali berjumpa dengan kau

ia seperti aku tidak pernah berjumpa dengan kau


dan aku menutup mata ku

SHARE SHARE SHARE