Killjols Killjols: story
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hidup ini Singkat

 Hidup ini terlalu pendek untuk hanya mencuba-cuba dan berada di antara dua pilihan. Sebaliknya, setiap pagi adalah peluang baru bagi kita untuk berubah dan membuat perbezaan dari apa yang telah kita lakukan semalam. 

Jangan membuang masa kita dengan terlibat dalam drama yang tidak berkesudahan bersama orang yang hanya ingin kita menjadi pelakon drama ciptaan mereka. kita bukan pelakon , kita penghidupan. Kita perlu berfungsi dan berguna. Bukan berpura menjadi orang berguna.

jika gagal pada siang hari cuba untuk menangis sekuatnya pada malam hari dan bangun menjadi orang yang seakan tidak punya air mata lagi untuk gugur, dan teruskan dengan perjalanan yang baru.

Hidup ini bukanlah tidak bertujuan, jika kita bangun esok pagi sebagai seorang ayah jadilah ayah yang terbaik dan tidur. Jika bangun esoknya sebagai seorang anak jadilah anak yang baik dan tidur. dan begitu juga menjadi suami, isteri malah pengemis sekalipun jadilah pengemis yang paling bertujuan.

"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup" - Hamka

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Lokman dan Taran

Lokman hari ini dia free, Yela Sebab hujung minggu kan, so dia bawak lah anak dia jalan-jalan naik keldai. Destinasi yang ingin di tuju adalah sebuah pantai yang indah untuk tujuan beriadah dan menenangkan diri.

Lokman pun cakap kat anak lelaki dia. "Taran ko naik la Keldai ni dulu, biar bapak jalan kaki tarik keldai ni, Keldai ni dia dengar cakap bapak je kang kalau ko bawak kene terajang pulak dengan keldai ni".

Taran pun menjawab "Alright Bapak".

So mereka pun berjalan sehingga melalui sebuah kedai menjual tasbih kayu. si penjual tasbih itu pun berkata sesuatu dengan rakan sekerjanya tetapi perbualan itu didengar oleh lokman dan anaknya.

"Tengok budak zaman la ni, tak reti nak menolong mak bapak. tengoklah tu contohnya badan dah elok kuat tapi biar bapak dia jalan kaki dia pulak dok relek atas keldai tu"

Mendengar dari kata-kata si penjual tasbih itu. Taran pun menyuruh ayahnya untuk naik ke atas keldai dan biar dia yang pula yang berjalan kaki, kerana di lihat keldai itu pun sudah serasi dengannya.

"Bapak pulalah naik hari sudah mula panas, bapak tu ada darah tinggi kang pengsan kena panggil ambulan pula". kata Taran kepada bapaknya.

"K" jawab Lokman ringkas

Mereka pun meneruskan short vacay mereka dengan keldai ke destinasi seterusnya. Sesampai di kedai menjual ikan kering. Seorang makcik pula menegur lokman. 

"Man Ape sian nau anak kau ni ko biar dia jalan kaki ni man, bapak jenis apa ko ni man kang aku amik video viral ni man buat tajuk 'Bapak tak pandai jaga anak'". Kata makcik itu sambil kembang kempis hidungnya.

Mendengar kata-kata itu lokman cuba untuk tidak menggelabah, membisik kepada anaknya biarlah dia yang berjalan pula kali ini. Tetapi Taran berusaha untuk berfikir ayat yang sopan untuk menolak permintaan ayahnya oleh kerana dia pernah di kecam oleh penjual tasbih sebelum ini jika membiarkan ayahnya berjalan.

Tiba-tiba Taran mendapat idea yang bernas. "Ok Bapak relek, Taran ada idea, kita naik je keldai ni sekali HA HA" 

"K" jawab ayahnya ringkas.

Mereka pun meneruskan Travelling mereka ke destinasi seterusnya sambil menunggang keldai bersama sekali.

Sesampai di hadapan kedai mamak, sekumpulan anak muda yang sedang ponteng kerja menjerit kepada mereka.

"Apa ke bangang anak beranak ni pergi naik keldai kecik tu dengan badan bagak besar macam tu" Jeritnya sambil mengangkat tangan seperti Ahli Parlimen Hulu Langat.

"Bodoh gila tu siak &&$%&@(($" Sahut rakannya seorang lagi dengan perkataan trend terkini berserta shortform yang tak difahami oleh Lokman dan Taran serta penulis cerita ini.

Taran yang sebelum ini agak bangga dengan idea bernasnya cuba untuk tidak terganggu sekali lagi perlahan lahan ke belakang kedai itu, dan berbincang dengan ayahnya.

"Bapak, aku sudah tidak mahu naik keldai ini, dan aku juga tidak mahu membiarkan Bapak di hina dan di caci jika ada yang melihat aku berjalan kaki sedang kau senang di atas keldai bapak" berkata Taran seperti ala-ala dialog skrip P Ramlee dalam Bujang Lapok.

"Jika begitu sudah tiba masa kita untuk pulang Taran". Cadang Lokman.

"Ya Bapak, mari kita pulang kita jalan kaki sahaja ya, jangan ada sesiapa yang menaiki keldai ini, kita cancel sahaja niat kita untuk beriadah dan bergembira" Cadang Taran pula.

"K" jawab Lokman.

Mereka pun kembali melalui jalan pulang yang sama dan sampai ke depan kedai mamak yang tadi sekumpulan anak muda itu pun kembali bersorak dan bergelak ketawa melihat mereka yang tidak menaiki keldai itu.

"Ah sudah dua-dua tak naik pulak HAHAHA" Gelak Mereka.

"Bodoh piang ni anak beranak, sudah lah berpatah balik menyusahkan diri pula" Sambut rakannya sekali. 

Luqman dan Taran menghindarkan diri dan meneruskan jalan pulang.

Sesampai di kedai ikan kering Makcik itu pun berkata "Ini kebodohan yang nyata sudah punya keldai tetapi tidak pula digunakan sebaik mungkin" berkata makcik itu sambil mengibas ngibas lalat.

Taran dengan sabar memekakkan telinganya dan meneruskan perjalanan.

Sesampai di kedai penjual tasbih. Si Penjual Tasbih pun berteriak "Manusia ini dikurniakan akal dan fikiran, nampaknnya hari ini aku menyaksikan manusia ini tidak menggunakannya dengan baik" Sambil menunjukan tangannya ke aras Lukman dan Taran.

Taran yang sudah bersabar selama ini. Tersenyum dan perlahan lahan ke arah si penjual tasbih itu dan terus melalukan tendangan jarak dekat jenis akrobatik bergaya terus tepat kearah hidung si penjual tasbih itu. 

Melihat situasi tegang itu, Yang pada ketika itu anak muda di kedai mamak berserta makcik penjual ikan kering yang menyaksikan keadaan di situ terus menelefon polis dan ada juga yang merakam aksi itu untuk dikongskikan di media sosial.

Dan akhirnya Taran dan Lokman di tangkap atas kesalahan mencederakan orang awam. Dan keldai mereka di sita kerana tidak mempunyai cukai perjalanan. Dan hasil dari video yang dirakam oleh orang disitu. Lukman dan Taran disisihkan ahli keluarga dan masyarakat oleh kerana keganasan dan kesalahan yang dilakukannya.


Di akhir cerita ini. Lukman Dan Taran akhirnya hanya bermalam di Lokap malah masih lagi disisih dan dihina oleh masyarakat sekeliling. Malah Tujuan asal mereka untuk bercuti dan bergembira langsung tak dapat. 


Nota: Setiap keputusan yang kita nak buat akan ada hasil akhirnya yang kita tuju dan kita akan buat sebaik mungkin untuk capai matlamat itu. Di setiap perjalanan itu akan ada proses yang perlu di lalui. Terdapat pelbagai elemen yang dapat mempengaruhi sesebuah keputusan. Persepsi dan hasutan orang sekeliling itu sangat lemah dan bersifat rawak kerana mereka tidak tahu apa-apa elemen dari keputusan yang kita buat dan proses yang kita lalui itu hanya kita sahaja yang bertanggungjawab atas akibatnya. Orang di sekeliling mereka bersifat sementara dan tidak kekal dalam proses. Apa yang mereka ingin lihat hanyalah proses akhir dan keputusannya. Mereka tidak langsung mempedulikan proses dan perjalanan dalam membuat keputusan yang kita dah buat. Malah kalau kita memberi butiran sekali pun mereka tidak ingin tahu kerana bagi mereka proses yang kita lalui itu langsung tak memberi kesan pada hidup mereka. Mereka hanya mahu lihat hasil akhir dan seterusnya perkara itu akan dilupakan. Mereka ingin lihat apa yang mereka nak lihat dan mereka hanya ingin tahu apa yang mereka nak tahu. Berpegang teguhlah dengan keputusan yang kita dah buat kerana di akhirnya susah atau senang yang dialami adalah diri sendiri. 


Nasihat Luqman Al Hakim kepada Anaknya:

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi orang yang berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T semata-mata. Barangsiapa yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.."


P/S: Cerita ini diolah dari kisah Luqman Al Hakim dan bukan jalan cerita yang sebenar cuma di adaptasi dari kisahnya sahaja.

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Skrip Berulang

Cerita nya begini bermula...

dia bawakan kan aku ke dunia ini
dia tunjuk kan aku pada dunia..
dia perlihatkan aku pada dunia...

tapi ada bil perlu dibayar
ada susu untuk dibeli
ketika aku belajar bertatih
kemana kau pergi?

tapi tak mengapa
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..

bila aku 10 tahun
kau hadiah kan aku bola..
aku berkata "ajarkan aku cara membaling bola ini, ayah"
kau berkata " bukan hari ini nak, "..

ada bil perlu dibayar
ada buku untuk dibeli

aku hanya tersenyum atas pegorbanan itu..
tak mengapa
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..

bila aku sudah berada di kolej
aku berkata.."mari lah kita ke destinasi ini ayah, bukan selalu aku ada masa begini"
kau berkata " bukan hari ini, nak"

ada bil perlu dibayar
ada yuran untuk di langsai

aku hanya tersenyum atas pegorbanan itu..
tak mengapa aku boleh berjalan sendiri
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..

hari graduasi  tiba..
kau berkata .. " ayah bangga dengan kau , nak"
aku berkata.."ini semua atas pengorbanan ayah, terima kasih ayah"
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..

tiada lagi susu untuk di beli
tiada lagi buku untuk di beli
tiada yuran untuk dilangsai..

aku sudah berkerjaya dan berkeluarga..
kau berkata .. " nak , pulanglah kerumah aku rindukan kau"
aku berkata.. " aku juga ayah, tapi bukan hari ini.."

ada bil untuk dibayar
ada susu untuk di beli..

tak mengapa nak,
ayah bangga dengan kau...
kau sudah jadi seperti aku..

ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..

anak aku sudah meningkat ke umur 10 tahun
kau berkata .."pulanglah nak...ayah ingin berborak dengan kau"
aku berkata... "aku juga begitu ayah, tapi bukan hari ini.."

ada bil untuk dibayar
ada buku untuk dibeli

tak mengapa nak,
kau sudah menjadi orang
ayah bangga dengan kau..
kau sudah menjadi seperti aku..

ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..

dan bila anak aku masuk ke kolej..
kau berkata ... "pulanglah nak , ingin sekali berjumpa dengan kamu"
aku berkata... "aku juga ayah, tapi bukan hari ini.."

ada bil untuk dibayar
ada yuran untuk dilangsai

tak mengapa nak
kau juga sudah meningkat umur..
kau sudah menjadi seperti aku...

ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..

dan hari yang aku tunggu..anak aku mendapat ijazah..
anakku berkata .. " ini semua atas pengorbanan ayah.."
aku berkata.. "aku bangga dengan kau nak"
kau akan menjadi seperti aku ..

ya anakku akan jadi seperti aku juga...

kini
tiada lagi susu untuk aku beli
tiada lagi buku untuk aku beli
tiada lagi yuran untuk aku bayar..

dan anak aku sedang mengejar cita-cita nya di dalam dunia serba laju ini...
dia sudah jadi seperti aku sekarang...

dan aku sangat merindukan dia sekarang...

dan aku juga merindui ayah....



untuk mendapat suatu kejayaan, perlu ada satu pengorbanan....semua orang
mahu berjaya...tapi apa yang kau korbankan?






SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Gaji Dan Spender

 Bagitau berapa Gaji kita sebulan seumpama bagitau kita pakai spender warna apa hari tu.

Walaupun spender kita cantik dan berbunga-bunga tapi kalau sekali kita dah bagitau, persepsi orang akan terus berubah terhadap kita. Inikan pula kita bagitau secara terperinci bagaimana rupa spender kita, dari mana kita dapat spender kita, dah berapa lama kita pakai spender kita. material apa , baunya macam mana. walaupun ia memberi inspirasi kepada orang yang ingin spender seperti kita, percayalah ia tetap nampak tidak elok.

"Eh biarlah saya bagitau gaji saya berapa kan bukan senang nak dapat spender tahap ni janganlah dengki2 main benci2". Percayalah bukan setakat orang semua dengki. Malah dorang memang nak sangat tahu spender awak tu warna apa tapi segan sangat nak tanya dan takde siapa nak tanye soalan macam tu. Dan jangan terkejut kalau keinginan dorang nak rembat spender awak tu makin tinggi bila dorang tau spender awak macam mana.

"Eh saya nak jadi ala-ala humble saja nak bagitau spender sy murah je". Aku tak tau la kalau ada jenis orang pakai spender koyak hari2 tapi bangga kan.

Termasuk juga jenis orang yang bertanya supaya ia dapat bagitau warna spender dia pulak. "Joe ko pakai spender warna apa hari ni?" Warna kelabu man. "Aku warna pink Joe!". Hmmmmm this guys ah pening la. Jenis camni  mmg susah la. Selalu jumpa bila balik kampung or kenduri. Aku kadang2 kene buat2 orang call or gi tandas. Gila apa nak tau aku pakai spender warna apa and aku pun taknak tau spender dia camner.

"Kena bagitau kat resume la HR nak tau" jangan la naif sangat . kalau nak beli spender kene la bagitau nak spender jenis apa kan. Takkan nak tegas sangat. "Saya takkan bagitau jenis spender apa yang saya nak dekat awak". Kalau camtu buat la spender sendiri.

"Eh relek la Bill Gates bagitau gaji dia berapa relek je" Dia Bill Gate bro ko plak sape. Lagi pun kalau Bill Gates diberi pilihan dia confirm taknak bagitau juga dan simpan senyap2. Bayangkan hidup orang tau macam mana rupa spender kita. Sebab tu orang semua nak spender macam Bill Gates jugak. Haha Metaphor je.

"Orang Cukai nak tau? camner? HA?" Ko cakap dekat aku apa je yang Orang Cukai taknak tau?


Percayalah, Berjaya atau tidak bukan bergantung pada payslip korang or berapa banyak loan korang boleh lepas. Berjaya atau tidak bagi aku bergantung pada kepuasan korang buat satu-satu kerja itu. Walaupun tukar pampers anak sekali pun tapi kalau korang buat dengan ikhlas dan betul. Itulah detik kejayaan paling dibanggakan. 

SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Pengalaman tinggal di rumah panjang




Tinggal di rumah panjang merupakan sesuatu yang wajib dilakukan oleh kebanyakkan pelancong ketika melancong di Sarawak, menawarkan peluang untuk merasa kehidupan masyarakat di sana, buat sedikit aktiviti trek dan cuba aktiviti seperti menenun dan menggunakan alat sumpit. 



Boleh dikatakan, pelancong boleh sahaja secara mengejut datang ke rumah panjang dan meminta izin untuk berjumpa dengan tuai rumah (ketua) dan diberikan tempat untuk menginap dengan hanya perlu membayar makanan yang dihidangkan dan menawar cenderahati sebagai tambahan tanda penghargaan untuk hospitaliti masyarakat. Manakala terdapat beberapa pelancong yang masih cuba untuk dapatkan perkhidmatan seperti itu contohnya di rumah panjang sepanjang sungai rejang. Hari ini, kebanyakkan rumah panjang selalunya telah diatur melalui operator atau agen pelancongan. 



Pakej paling mahal mampu menawarkan pelancong bahagian mereka sendiri di rumah panjang tersebut, dilengkapi dengan katil yang sesuai, fasiliti mencuci yang moden; hidangan yang disediakan akan diasingkan dengan makanan masyarakat lain. Selalunya, trip yang lebih asas akan menyediakan tikar untuk anda tidur dan bukannya katil, sama ada di bilik yang luas ataupun di beranda, dan fasiliti mencuci utama terletak di sungai yang berdekatan. Untuk makan, akan dibahagikan kepada kumpulan kecil, setiap kumpulan tersebut akan makan dengan keluarga yang berbeza.

Pelancongan anda akan jadi lebih menarik jika melawat rumah panjang ketika mereka menyambut perayaan iaitu Gawai Dayak di awal Bulan Jun dan dapat menyaksikan perayaan tradisional mereka, tetapi jangan mengharapkan untuk mendapat tidur yang secukupnya, ini disebabkan keseronokkan yang diperoleh dari penggunaan tuak (wain beras) yang banyak akan berlanjutan sehingga malam dan tempat itu akan sesak yang menyebabkan orang ramai tidur dalam keadaan stail sardin di kawasan umum.





Sumber gambar : Google



SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ada sesuatu perkara

Ada Sesuatu yang tidak perlu dilakukan.
Jangan biarkan dunia memalit kepahitan. Jangan biarkan tindakan yang lain menjadikan dalaman anda membeku. Ada perkara yang bisa melukakan kita. Orang yang datang hanya untuk pergi dan saat-saat anda merasakan anda terikat untuk mengalami kejatuhan. Jangan biar perkara itu menjadi buruk dan memburukkan. Tiada masalah untuk menangis dan berasa sedih Tetapi bukanlah sesuatu yang baik untuk melakukan perkara buruk hanya kerana orang lain melakukan perkara yang sama. Kita semua manusia, Kadang lelah dan melakukan kesilapan tetapi tak bermakna kita perlu membiarkan kesakitan dan kesedihan yang mengemudi kehidupan kita. Kita perlu bangun pada waktu yang tepat, berfikir dan melakukan perkara yang betul walau pada satu saat anda merasakan putus asa dan tidak boleh menanggungnya lagi . Apa yang anda perlu lakukan adalah bernafas, menghembusnya dan mengaku kelemahan, tetapi ketahuilah kelemahan itulah yang membuat anda kuat dalam jangka masa yang lama. Ia semua tentang mengambil apa sahaja yang hidup ini lemparkan kepada anda. Dan anda perlu belajar darinya.

Ada sesuatu yang kita fikir untuk lakukan tetapi tidak.
Walau jika kita dapat mendalaminya mengapa kita mengelakkan sesuatu perkara walau kita tahu yang itulah sebenarnya yang kita sangat mahu lakukan.tetapi mengapa tidak kita lakukan? Kebanyakan kita hidup dalam dunia mimpi yang penuh rasa ingin tahu. Yang muda hidup dengan janji tentang masa hadapan, dan yang tua masih hidup memeluk peluang masa lampau. Si muda berkata "Sebaik sahaja saya punya masa saya akan melakukan perkara itu" dan Si tua berkata, "Jikalah aku masih saja muda lagi, aku akan lakukan perkara itu". Setiap kali seseorang itu tidak melakukan apa yang dia kata mahu lakukan, mereka sentiasa mempunyai alasan yang kedengaran baik dan kukuh. Ia mungkin satu atau lebih dari tiga perkara ini: Masa yang tiada, wang yang tidak mencukupi dan Tidak di Izin untuk melakukannya.

Tanpa Masa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Segalanya memerlukan masa. Masa adalah satu penguasa yang mutlak dan kekal di alam semesta. Setiap hari kita mempunyai satu jumlah yang sama untuk dihabiskan. Jadi bagaimana kita mahu mendapat ia lebih dari apa yang kita ada?. Ia tidak mungkin akan berlaku sebegitu. Pada masa kita merasa yang kita tidak punyai masa yang cukup ketahuilah , orang disekeliling kita juga punyai masa yang sama seperti kita, 24 jam sehari dan hampir 31 hari sebulan. Ia terpulang kepada kita untuk melakukannya.Dan jika anda mula mengatakan. Aku melakukan beberapa perkara sepanjang hari, ya semua orang melakukannya, Bangun pada tujuh dan kembali ke katil pada sebelas. ia enam jam yang sangat bagus dan ada tidak pernah menyesali perkara itu saban hari. Bezanya anda tidak pernah merasa lapang, cuba anda duduk dan memandang jam pasir yang perlahan jatuh mengikut graviti, dan kita mula sedar 100 tahun dari sekarang anda dan semuanya akan tiada, maka anda akan mula menghargai masa ini, kerna itu sahaja yang anda ada dan realitinya anda boleh melakukan apa sahaja yang ada mahu selagi masa itu milik anda.

Wang tidak datang sebagai tempat yang pertama dan apa jua bentuk. Jika kita mengkaji biografi mereka yang telah membina kejayaan yang besar dan kita mengetahui satu konsep yang sama antara mereka. Wang sememangnya datang kepada mereka , tetapi hanya selepas mereka keluar dan menemui sesuatu. Dunia dan kekayaan adalah sesuatu yang melalui perubahan berterusan. Dimana yang kaya hari ini juga mungkin miskin pada esoknya. Kerana keadaan sentiasa diluar kawalan mereka, satu-satunya peluang dan keselamatan mereka adalah dengan menghasilkan sesuatu dan ia mestilah mempunyai nilai. Dan jaminan untuk segalanya itu adalah bagaimana anda rasa gembira untuk melakukannya dalam bentuk yang berterusan. Apabila punca wang itu menjadi semakin sedikit ia sentiasa akan mengkhianti anda kembali.

Siapa yang paling hampir dengan kita? , rakan-rakan? keluarga? atau sekutu. Mereka adalah pengaruh terbesar dari apa yang kita fikirkan. Kita gemar sekali hidup dalam kehidupan dan kekal dengan peranan yang mereka harapkan. Ia seperti mentol lampu yang mendapat kuasa dari kuasa pusatnya. Jadi keperibadian kita bermula dengan deria dan akhirnya dikuasi oleh nasihat , pengalaman dan campur tangan yang lain. Dan sebegitulah kita dengan persekitaran kita sendiri. Kita takkan dapat keluar dari apa usaha atau mencapai apa-apa jika membenarkan diri kita untuk terlalu dipengaruhi oleh orang lain. Ini hanyalah satu idea untuk mencapai idea yang lain. Terpulang pada anda untuk menjadi berwarna atau pudar, panas atau sejuk, basah atau kering berdasarkan persektiaran anda sendiri dan bagaimana anda mengadaptasikannya kerana kita sentiasa akan tertanya-tanya apa yang orang lain anggapkan dan sentiasa untuk menggembirakan semua orang.

Teks di atas didekasikan dengan penuh hormat kepada mereka yang benci berkerja.

  
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Soalan Interview Untuk Seorang Programmer.

 

Panel: Ada 50 batu bata didalam kapal terbang jika satu dicampak keluar . berapa batu bata yang tinggal?

Pelajar: Mudah, 49

Panel: Apa 3 langkah untuk memasukkan Gajah kedalam Peti Sejuk?

Pelajar: Buka Peti Sejuk. Masukkan Gajah Dan Tutup Peti Sejuk.

Panel: Apa pula 4 Langkah untuk memasukkan Kancil Kedalam Peti sejuk?

Pelajar: Buka Peti Sejuk. Keluarkan Gajah . Masukkan Kancil. Tutup peti sejuk.


Panel: Seekor singa membuat majlis hari jadi , semua binatang hadir . kecuali seekor binatang. apakah binatang itu?

Pelajar: Kancil , sebab masih ada dalam peti sejuk.

Panel: Bagaimana seorang nenek melintas sebuah paya yang dipenuhi buaya?

Pelajar: Nenek itu hanya melintas , kerana buaya berada di majlis hari jadi singa.

Panel: Soalan terakhir , akhirnya nenek itu tetap juga mati . kenapa?

Pelajar: errr. saya rasa dia mati lemas.

Panel: Salah . dia mati dihempap batu-bata yang jatuh dari kapal terbang. kamu boleh pergi sekarang.

Pelajar itu gagal mendapat pekerjaan sebagai seorang programmer.

sekian.
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

200 Koleksi Teka Teki

. “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..

Soalan: binatang apa yang ada kaki tetapi malas berjalan?
Jawapan : katak…ada kaki tapi melompat…

Soalan: Ikan apakah yg tidak mempunyai kepala,ekor,sisik,ingsang,dan sebagainya???
Jawapan : Bebola ikan

Soalan: macam mana nak lembut kan lembu???
Jawapan : hujung perkataan lembut tu tambahlah huruf T jadilah lembut..hehe..

Soalan: antara negara china dan bulan,mane yg lebih jauh?
Jawapan : negara chinalah jauh,sbb bulan kite tengok langik je dah nampak bulan,kau nak tengok china pegi tempah tiket kapal terbang…….haa……

Soalan: Ali bin Abu, kambing bin???
Jawapan : Binatang lar…

Soalan: banyak2 cecair,cecair ape yang bile dipanaskan dia beku???
Jawapan : telur la!!!!wakakaka

Soalan: bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur
Jawapan : tapak kaki

Soalan: dalam banyak banyak singa.singa apa tidak makan orang
Jawapan : singapura

Soalan: dlm nenas ada ape??
Jawapan : spongebob!!

Soalan: kalau gajah lalu titi,titi tu patah.lepas tu kambing pulak yang lalu.apa pulak yang patah
Jawapan : patah balik la

Soalan: dalam banyak2 kotak,kotak apa x leh angkat…
Jawapan : kotak penalti

Soalan: benda apa yg slalu kita makan akn habis,klu kita xmkn pn akn habis??
Jawapan : ais

Soalan: dalam banyak2 rumput,rumput apa lembu n kambing xmakan??
Jawapan : mesin rumput

Soalan: dalam banyak 2 syarikat,syarikat ape paling besar?
Jawapan: amerika syarikat

Soalan: kenapa nobita dan doraemon takut datang ke malaysia?
Jawapan: sebab ada Giant..

Soalan: Buaya naik bas… Manusia naik apa..?????
Jawapan : naik hairan la…ark ark ark

Soalan: ape bnde luar askar,dlm bombe
Jawapan : buah tembikai

Soalan: dalam banyak -banyak kuih,kuih ape takleh makan kat tengahnya?
Jawapan: kuih tak menjadi..

Soalan: negara apa yang banjir baru hujan
Jawapan : bahrain

Soalan: kapal terbang masuk gua keluar kat mane??????
Jawapan : keluar kat suratkhabar la.

Soalan: ada tangan, ada kaki, ada leher, ada badan, tapi x ada kepala.. apa dia?
Jawapan : baju

Soalan: klau kambing jdi ayam,lembu jdi ayam,cicak jdi ayam,ayam jadi ape????
Jawapan : jdi banyak ar………..

Soalan: kalau gajah terjun katil tapi tak pecah pun,tapi ade satu yg pecah,ape yang pecah….heheheheh
Jawapan : pecah rekod ar.huhuhuh

Soalan: kalau kapal terbang tenggelam,apa yg timbul?
Jawapan: timbul masalah..

Soalan: Kereta ape yang pakai topi?
Jawapan : Teksi

Soalan: macam mane kalau kite nak berhentikan air terjun???
Jawapan : ambil gambar…berhentilah die

Soalan: bila kita jalan,dia jalan.bila kita berhenti,dia tetap jalan.tetapi,bila dia yang berhenti,kita akan mati.
Jawapan : jantung/degupan jantung

Soalan: dlm bnyk2 kenderaan,kenderaan apa yg ada seorang penumpang,rmai pmandu?
Jawapan : org yg bwk kranda

Soalan: pekerjaan ape yg org suke??
Jawapan : pembuat roti canai sebab lepas buat roti canai mesti dia tepuk tangan

Soalan :binatang ape ade dua huruf?
Jawapan: U dan G [Udang]

Soalan: dalam byk-byk semut….semut apa kluar peluh from: diana, k.trg
Jawapan : semut pergi joging

Soalan: binatang apa sama macam unta…????
Jawapan : anak unta lar….kuakaka…!!!

Soalan:apakah benda yg kita nampak tapi apabila kita pegang tak dapat,tapi dia tak lari pun?
Jawapan: air..

Soalan: ade seorang penjual ais-krim sedang menjual ais-krim kat taman,pastu polis tahan dia,kenapakah polis tahan dia?
Jawapan: sebab polis nak beli ais -krim

Soalan: burung ape bela atuk dia?
Jawapan: burung belatuk [bela atuk]

Soalan: ada 3 org kwn mandi kat kolam… 2 orang kepala nye basah.. knape yg sorang nie x basah???
Jawapan : kerana botak

Soalan: banyak banyak bunga . bunga apakah di siram ia mati.
Jawapan : bunga api ..

Soalan: kerbau ape yg panas?
Jawapan: kerbakaran

Soalan: ada tiga adik beradik main kejar kejar.apa bendanya tu??????
Jawapan : kipas la.

Soalan: kenapa ikan tggl kat laut bkn darat?
Jawapan : sebb ikan tak tau jln cuma tau berenang je

Soalan: sungai ape paling berat??????
Jawapan : sungai besi…..

Soalan: aiman berada di tingkat 156 menara klcc.dy terjun dari tingkat tersebut tanpa menggunakan payung terjun tapi dy x mati…hebat x? cune teka cmne dy buat…..
Jawapan : sebab aiman seekor burung

Soalan: banyk2 bangunan,bangunan ape paling tinggi??????? from adi sabak
Jawapan : masjid la…………sebab khubah die cecah bulan dan bintang…..hahahaha

Soalan: banyak2 kasut…kasut apa yang orang carik?? kasut kulit ker…kasut sekolah ker…kasut tap seng???
Jawapan : kasut yang hilang laa..

Soalan: banyak2 kenderaan,kenderaan ape yang pandai?
Jawapan : bas sekolah sebab dia pergi sekolah

Soalan: knp org ske b’ckp???
Jawapan : sbb die ade mlut..

Soalan: byk2 mi, mi apa yang takleh makan?
Jawapan: misai..

Soalan: banyak 2 jantung, jantung apakah bila dicabut x mati
Jawapan : jantung pisang

Soalan: daun ape yang xde bunga?????
Jawapan : daun terup

Soalan: bnyk2 haiwan,haiwan ape yg bleh b’jln dan b’diri tp xleh dduk???ape die??
Jawapan : burung penguin

Soalan: kereta ape tayar nyee kat atass,,?jawab jgn x jwb..
Jawapan : kereta kabel

Soalan: Dlm bnyk-bnyk jin…jin ape yg bleh menyanyi dan suka menyanyi?
Jawapan : jinbara..

Soalan: ikan apa yang bodoh??
Jawapan : ikan kembong sebab dah tahu dia kembong duduk lagi dalam air

Soalan: Suatu hari, seorang pemburu masuk ke hutan untuk memburu. Dia ternampak 10 ekor burung sedang berehat di atas dahan dan dengan panats dia pun menembak burung-burung itu..soalannya..kenapa hidung orang utan yang berdarah??
Jawapan : kerana kebetulan semasa pemburu menembak burung-burung, urang utan itu sedang mengorek hidung.Apabila terdengar bunyi tembakan,orang utan itu terkejut dan tercucuk hidungnya lalu berdarah…..

Soalan:apa yg org selalu mintak apabila hari raya?
Jawapan:mintak maaf la,bukan duit bengon..

Soalan: Banyak2 orang, orang apa mandi rambut tak basah tapi badan basah????
Jawapan : Orang Botak.

Soalan: dalam banyak2 pokok, pokok apa yang berani
Jawapan : pokok pisang(sebab jantung dia kat luar)

Soalan: apakah yang boleh tengok ngan cermin tak boleh tengok ngan mata
Jawapan : telinga

Soalan:bilik apa nampak kita?
Jawapan:bilik ICU..

Soalan: Singa ape yang suka sangat mandi..??
Jawapan : Singa Laut

Soalan: motor apew x der tayar
Jawapan : motor bot

Soalan:motor dan kerete,yg mana tua?
Jawapan:motor sebab ade tongkak..

Soalan: dlm byk2 hantu..hantu aper pndai bersilat??
Jawapan : hang tuah

Soalan: binatang apa yang orang cari dapat duit?
Jawapan: lintah

Soalan: Banyak2 minyak,minyak ape yg boleh jalan?
Jawapan : Minyak cap kaki

Soalan: dia ada banyak kaki bukan binatang, dia lalu ikut landasan bkn keretapi.apakah bendanya?
Jawapan : zip

Soalan: nenek sape bleh terbang????
Jawapan : nenek burung

Soalan: gigi ape yang selalu org guna
Jawapan : gigi biru ( bluetooth)

Soalan: Byk2 nasik, nasik aper yg bole bergerak?
Jawapan : Nasik pataya – 4 tayar… hahahaha!!!

Soalan: binatang aper yg bahagiakan kuargenyer…
Jawapan : singa menawan kuarge bahagia…

Soalan: kenapa kayu balak perlu ditebang???
Jawapan : mestilah tebang,takkan cabut kot….

Soalan: banyak2 binatang, binatang ape jual kueh?
Jawapan : itik la.. sbb, ia kn berbunyi kuek4..

Soalan: banyak2 binatang, binatang ape jual beg?
Jawapan : kambing la..sbb,ia kan berbunyi mbek..

Soalan: kenapa batu tenggelam dalam air……..?
Jawapan : sebab dia xpandai berenang..

Soalan: dlam byk2 motor…motor ape xde enjin???
Jawapan : MOTOROLA…

Soalan: Dalam banyak2 haiwan.. Haiwan apakah yang paling kedekut..
Jawapan : Kuda lah…sebab bila lari bunyi kedekut2

Soalan: ade dua org pemburu die ternampak 10 ekor harimau tapi kenaper die x takut.kenape ye?
Jawapan : sebab die nampak ekor harimau je…

Soalan: dlm bnyak2 bunga,bunga ape warna hitam?
Jawapan : bunga tayar

Soalan: binatang apakah yang paling kurang ajar@biadap?????huhu
Jawapan : kutu sebab duduk atas kepala…hahaha

Soalan: antara telur dgn biawak mana satu yg boleh makan?
Jawapan : BIAWAK sbb ia ada mlut

Soalan: Banyak banyak mata,mata apakah yang paling besar?
Jawapan : Matahari lah hahaha

Soalan: ikan apa sakit perut
Jawapan : ikan kembung

Soalan: Bas ape yang boleh dikayuh
Jawapan : Basikal

Soalan: banyak-banyak air air ape yang berani?
Jawapan : air terjun

Soalan: dalam banyak2 mee, mee ape yg terkenal………
Jawapan : mila af5 la..

Soalan: ada 3 mata… 1 kaki.. apa dia..
Jawapan : lampu isyarat

Soalan: bnyk2 kreta,kreta apa ada lima tayar
Jawapan : semua kreta ada 4 tayar campur 1 tayar sper jadi 5

Soalan: Burung apakah hidup di langit, darat dan air.
Jawapan : Burung Raja Udang sebab burung di langit, raja di darat dan udang di air.

Soalan: Ade sorang budak, dia tengah berus gigi, sambil dia berus gigi dia bersiul. Macam mana dia boleh buat dua-dua tu dalam satu masa?
Jawapan : sebab dia berus gigi palsu.

Soalan: nombor ape paling kuat?
Jawapan : no 3, sebab kalu lumbe lari diorg akan cakap “satu.. due.. TIGA!!!..

Soalan: apebile manusia berpegang pada janji, kau berpegang pada ape???
Jawapan : kau {cow}kan lembu.peganglah pada tali supaya tak terlepas kah kah kah

Soalan: bas ape tak boleh bergerak?
Jawapan : bas stop……he..he..he..

Soalan: kalau kite buang kat laut,ianya hancur, kalau kite buang kat lantai,ianya tak hancur???
Jawapan : tisu

Soalan: kenapa superman pakai baju ketat???
Jawapan : sebab baju dia ada huruf S (saiz S la,kiranya)

Soalan: Pada suatu hati,ibu monyet membawa 2 orang anaknya berjalan-jalan sambil melintas jalan,bila sampai di seberang,ibu monyet itu menyatakan”selamat kita 5 beranak”.Kenapakan ibu monyet meyatakan demekian sedangkan mereka hanya 3 beranak sahaja?
Jawapan : sebab monyet mane pandai mengira

Soalan: dalam laut ada berapa jenis ikan?
Jawapan : 2 lah sbb seekor jantan seekor betina

Soalan: ada seekor burung terbang kat awan.kapal terbang lalu kat atas burung itu ,kenapa dia jatuh mati?
Jawapan : burung itu tutup telinga sebab kuat sangat bunyi kapal terbang,lepas tu dia jatuh la sebab ye dok kibas sayap ye..

Soalan: dalam banyak-2 haiwan haiwan ape yg beranak dan bertelur?
Jawapan : siput babi la…sbb siput bertelur babi beranak hahahaha

Soalan: kenapa orang berkaki dua?
Jawapan : kalau satu dia jadi orang OKU

Soalan: dalam bnyk2 lembu.. lembu ape dia nmpak kite.. tp kite xnmpak dia??
Jawapan : lembu yang menusuk…

Soalan: banyak2 kereta…kereta itu panjang tapi tak de kat jalan raya…????
Jawapan : kereta api

Soalan: sbb apa org jepun tkut kat org amerika,org amerika pulak tkut kat jepun??
Jawapan : sbb org jepun ada ultraman,org amerika pulak ada superman…

Soalan: dlm byk2 kereta, kereta apa yg x dipanggil kerata..
Jawapan : teksi

Soalan: ade seorang pemburu,die nampak 10 ekor burung. tembak tiga ekor burung.tinggal berapa?
Jawapan : tinggal 10 sebab die tembak ekor burung jer bukan burung

Soalan: banyak2 burung,burung ape tak bela anak tapi bela atuk?
Jawapan : burung belatuk

Soalan: haiwan apakah yg xske perempuan??
Jawapan : burung helang la ,sebab dalam bahasa inggeris,burung helang maksud dia eagle…eagle tu sama bunyi macam (ee..girl)

Soalan: Apa benda ikan di dalam ayam di luar
Jawapan : Ikan sardin cap ayam ler…

Soalan: apakah benda wangi,kotor/busuk,sedap?
Jawapan : bunga tahik ayam (bunga tu wangi,tahik tu kotor/busuk,ayam tu sedap).

Soalan: dalam banyak2 haiwan haiwan ape yang pondan ?
Jawapan : singa sebab dia pakai tudung

Soalan: dalam banyak2 haiwan haiwan ape yang pakai tudung ?
Jawapan : singa sebab dia pakai tudung

Soalan: dalam banyak2 haiwan haiwan ape yang pandai mengaji ?
Jawapan : singa sebab,apabila dia mengaum,ia akan jadi ‘Auuzubillah hi minassyaitanirrajim’

Soalan: banyak-banyak pemadam,pemadam apa yang pandai?
Jawapan : pemadam sekolah

Soalan: burger apa yang gembira?
Jawapan : bergembira

Soalan: knp dr bedah ttup mulut ngn hidung sewktu pmbdahan djlankan??
Jawapan : klu ttup mata cmne nk nmpak..sbb tu ttupp mlut ngn hidung je..

Soalan: Nape kite pegi sekolah????
Jawapan : Sbb sekolah tak leh pegi kat kite..

Soalan: binatang aper yg kepale dia besar badan dia kecik…
Jawapan : semut pakai helmet/topi…hahaha.

Soalan: moto apa paking dlam poket/kocek?
Jawapan : motorola

Soalan: benda apa yang makan sekali,kenyang bertahun-tahun?
Jawapan : bantal ,sebab isi dia,kalau letak sekali dah boleh guna sampai bertahun-tahun..

Soalan: scorpion itu colour ape???
Jawapan : kala jengking

Soalan: ada 5 ekor cicak di atas siling sedang bermain kejar-kejar, sekor jatuh kat bawah,tinggal lagi 4, tiba-tiba semua skali cicak jatuh, kenapa ekk?
Jawapan : cicak-cicak tu jatuh sbb diaorg tepuk tgn, konon2 nak gelakkan cicak yang jatuh mula2 td

Soalan: kenape orang cine mata dia sepet??????
Jawapan : sebab mate die sakit sebab asyik kena asap…hahaha…

Soalan: banyak-banyak buah buah apa ke yang kita takut makan?
Jawapan : buayalah….

Soalan:kacang apa yang apabila kita potong,dia tetap jadi panjang?
Jawapan: kacang panjang..

Soalan: kalau bas benti ape yg turun dlu??
Jawapan : turun meter la…

Soalan: kopi ape tak boleh sepak,terajang,tumbuk,bakar,buang,makan,minum dan lain lain?
Jawapan : kopikirla sendiri….(:

Soalan : saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Jawapan: penipu..

Soalan : kalau rumah cantik,orang putih panggil beautiful house,kalau rumah terbakar,orang putih panggil apa?
Jawapan: panggil bomba la bengon..

Soalan : pada suatu hari,seekor burung merpati terbang ke gunung everest,lepas tu dia nampak apa?
Jawapan :cis,nampok ngak nipu!!..

Soalan : nak mencari sikit pun susah, tapi bile dapat buang, ape bendanya?
Jawapan: tahi hidung

Soalan :antara kain yang orang jemur dengan telefon,apakah yang sama?
Jawapan : bila dah ‘kringg’ boleh angkat..

Soalan :antara perempuan dengan angkasawan,apakah yang berbeza?
Jawapan erempuan datang bulan,angkasawan pergi bulan..

Soalan: monyet apa tak makan pisang?
Jawapan : monyet yang berpuasa..

Soalan: lembu apa tak makan rumput?
Jawapan: lembu tak ada selera..

Soalan: banyak2 kentut,kentut ape yang tak berbau?
Jawapan : kentut lori.

Soalan: antara ekor tikus dengan ekor lembu,yang manakah lebih panjang?
Jawapan : ekor tikus sebab cecah tanah/lantai..

Soalan: apakah benda dia pergi terbang,balik berenang?
Jawapan : mata kail la..

Soalan: dlm banyak2 mata,mata apa yang paling besar?
Jawapan : matahari..

Soalan: dalam banyak-banyak ikan..ikan apa yg ada bulu ketiak?
Jawapan : tauke ikan

Soalan: apakah benda yang kalau dia jatuh,kita tengok kat atas?
Jawapan : atap bocor..

Soalan: apakah yang kalau kita potong ,kita akan potong keatas?
Jawapan : seluar..

Soalan: dlm banyak2 negara,negara apa yang paling kaya di dunia?
Jawapan : malaysia la sebab,ada pesawat MAS,pasir MAS,ayam MAS,dan lain -lain..

Soalan: dlm bnyk2 kete,kete ape xde enjin?
Jawapan : kete sorong…

Soalan: dalam banyak2 bola,bola apa yang orang sayang?
Jawapan : bola ragbi sebab orang slalu peluk dia semasa main ragbi..

Soalan: bola ape yg bleh brenang?
Jawapan : bebola ikan..

Soalan: dlm bnyk2 kreta,kreta ape yg panas?
Jawapan : kereta api..

Soalan: dalam bayak-banyak api…api ape yang x panas..
Jawapan : bil api..

Soalan: lubang apa yang sedap?
Jawapan : LUBANGun pagi-pagi,ambik selimut,tarik,tidur semula..

Soalan: Harimau ape lahir kat hospital?
Jawapan : tiger wood

Soalan: ali berjalan jalan di tepi pantai..dia terjumpa duit RM 1 juta dan seekor ikan..tetapi,ali tidak mengambil RM 1 juta,tetapi, ali mengambil ikan,kenapa ali mengambil ikan?
Jawapan : sebab ali seekor kucing..

Soalan: dalam banyak2 makanan,makan apa yang bijak?
Jawapan : tauhu la sebab dia tahu..

Soalan: banyak-banyak huurf,huruf apa boleh kawin???
Jawapan : i & u..

Soalan: Ada seorang buta berjalan kaki. Semasa dia berjalan, ada satu lubang depan dia tapi dia boleh elak. Kenape dia boleh elak?
Jawapan : Sebab dia buta sebelah mata jer..

Soalan: Dalam banyak-banyak mas, mas apa yang orang tak nak?
Jawapan : ‘Mas’alah

Soalan: langit dan bumi….. ape di tgh2???
Jawapan : DAN laaaa….

Soalan: pada suatu hari,kapal layar pergi ke china untuk menyaksikan sukan OLIMPIK BEIJING 2008,lepas tu kapal tuh duduk kat tengah laut,lepas tu asap kapal layar pergi kat mane?
Jawapan : kapal layar mana ada asap ,bengon….

Soalan: mangkuk apa yang kalau kita tuang seluruh air kat seluruh dunia ni pun,dia tak penuh?
Jawapan : mangkuk jamban..

Soalan: jam apa yang busuk?
Jawapan : jamban…

Soalan: jam apa kita boleh lalu atasnya?
Jawapan : jambatan..

Soalan: ade sebuah basikal,ade tayar, lepas tayar tempat duduk, lepas tempat duduk ade besi , lepas besi , ade handle ,lepas handle ape?
Jawapan:lepas handle jatuh la ,bengon…

Soalan: byk2 haiwan, haiwan ape paling pemalas?
Jawapan : singa- sebab tak pernah cukur janggut

Soalan: antara seluar panjang dengan kacang panjang,apakah yang tak sama?
Jawapan : seluar panjang,kalau kita potong,dia menjadi seluar pendek,kalau kacang panjang kita potong,dia tetap jadi kacang panjang..

Soalan: dlm banyak2 bunga,bunga apa kalau kita xsiram, dia x layu dan tak mampus?
Jawapan : bunga kertas..

Soalan: dalam bnyk2 binatang,binatang ape yang halal dan haram?
Jawapan : siput babi (siput halal,babi haram)

Soalan: apakah benda,kalau turun lambat,naik laju?
Jawapan : hingus..

Soalan: dlm banyak2 hari,hari apa yang orang takut?
Jawapan : HARImau..

Soalan: dlm byk2 bas,bas apa yang ade 2 tayar jer?
Jawapan : BASikal..

Soalan: buah apa yang,kalau kita nak makan,kita kena langkahnya dulu?
Jawapan : buah dam la ,bengon….

Soalan: apakah ,dia boleh naik,tapi tak boleh turun?
Jawapan : naik haji..

Soalan: benda apa kalau kita ikat,baru boleh jalan?
Jawapan : kasut..

Soalan: dlm banyak2 superhero,superhero ape yang bodoh?
Jawapan : superman la,sebab dia pakai seluar dalam kat luar..

Soalan: alien apa yang ada 5 kaki,7 muka & 8 tangan?
Jawapan : alien yang ada 5 kaki,7 muka & 8 tangan la…

Soalan: dalam banyak2 doktor,doktor ape lahir dalam air dan tinggal dalam air semasa dia kecik?
Jawapan : nyamuk la,sebab mase kecik dia dudok dalam air,semasa besar dia pergi cucuk orang..

Soalan: dalam banyak2 semut,semut ape yang kalau kita katok kepala dia,dia tak mati?
Jawapan : semut pakai topi keledar..

Soalan: sang kancil sedang berjalan didalam hutan pastu dia nampak ada 2ekor harimau, tapi kenapa sang kancil xlari?
Jawapan : sebab dia nampak ekor harimau jer..

Soalan: tukang apa yang kalau kita panggil dia,dia tengok kat atas?
Jawapan : tukang gali kubur..

Soalan: binatang apa yang telurnya saja yang boleh makan,tuannya tak boleh makan?
Jawapan : penyu la,bengon…

Soalan: antara bulan bintang,yang mana satu ayah?
Jawapan : tang la,sebab bulan bin tang..

Soalan: sekolah apa yang x ada murid dan guru?..
Jawapan : sekolah haiwan..

Soalan: dalam banyak2 bunga,bunga apa warna hitam?
Jawapan : bunga tayar..

Soalan: dalam banyak2 buah,buah apa yang boleh menyanyi?
Jawapan : buah delima (the lima -gangstarz 1 tv3-)

Soalan: dalam banyak2 pokok,pokok apa yang paling tinggi di dunia?
Jawapan : pokok di atas gunung..

Soalan: nasi apa yang tak boleh makan?
Jawapan : nasi ayam ,sebab nasi tu nasi hok ayam,bukan hok kita,bengon…

Soalan: macam mane nak tangkap empat ekor burung sekaligus?
Jawapan : tangkap la gambar burung tuh…

Soalan: banyak-banyak huruf jawi,huruf jawi ape yang terbang???????
Jawapan : huruf wau la..

Soalan: ada sungai tak ada air, ada rumah tak ada orang, ada pokok tak ada buah, apakah ia??
Jawapan : peta

Soalan : dlm byk2 burger,burger apa yg kalau kita makan, kita akan jatuh???
Jawapan : bergegar………..

Soalan : negara apa yang hanya utk 2 perempuan?
Jawapan : portugal (for two girl)..

Soalan : kambing reka robot, lembu reka kereta,aku reka apa?
Jawapan : cis,reka cerita…

Soalan : lembu reka robot, kambing reka kereta, aku reka apa?
Jawapan : reka cerita..

Soalan : kenapa paklah (pm) selalu keluar malam malam?
Jawapan : sebab dia pm (perdana menteri atau malam) bukan am..

Soalan : mancis apa boleh main bola?
Jawapan : manchester united…

Soalan : dlm banyak2 kucing, kucing apa ada 9 kaki?
Jawapan : kucing duduk kat kaki lima..

Soalan : ular apa yg panjang?
Jawapan : U lar (kamu la)…

Soalan: Dalam banyak2 binatang, binatang ape x leh tgk matahari?
Jawapan : katak bawah tempurung

Soalan: dlm banyak-banyak pen, pen apa yg boleh dimakan???
Jawapan : PENadol la bodo, bukan pende..

Soalan: dalam bnyk2 tetamu,tetamu manakah org x akan jmput ke majlis?
Jawapan : tetamu yg x diundang

Soalan: dia bulat,berwarna,gemuk tapi kalau kentut jadi kurus. nape???
Jawapan : belon la bongok…

Soalan: buah ape yang orang sayang tp tak leh makan???
Jawapan : buah hati…

Soalan: dlm byk2 air mata, air mata apa yang rasa manis?
Jawapan : air mata kucing la lembu wei…

Soalan: Macam mana kita boleh buat supaya kura-kura boleh melompat dan panjat pokok .
Jawapan : Tukarkan huruf u dalam kura-kura kepada huruf e , jadi kera-kera lah ..

Soalan: aku buka baju , aku sapu badan degan bedak , aku terjun ke dlm tasik ..siapakah aku???
Jawapan : goreng pisang..

Soalan: banyak2 batu, batu ape kalau org tengok rasa sedih?
Jawapan : Batu nisan

Soalan: dalam banyak-banyak mee, mee apa yang ramai.
Jawapan : meeting

Soalan: dalam byk2 haiwan… haiwan apekah yg kaye???
Jawapan : singa la…sbb singa ade bank sndiri…iaitu maybank..hahhaha, bukan beruang la, kuba…

Soalan: apa benda yg kalau kita pegang bawahnya,kita menjerit,tapi kalau kita pegang atasnya tak jadi apa2?
Jawapan : streka lah cicok kering weh..

Soalan: macam mane kite nak tau kubur lelaki ngan kubur pompuan??…
Jawapan : tengok batu nisan laaaaaaa….hua3

Soalan: dlm byk2 motor .motor apa bleh masuk poket ?
Jawapan : motorola ……..hehehe

Soalan: di antara anggota badan kita, mana satu buleh menyanyi??? jawab, jgn x jwb..
Jawapan : jeng jeng jeng…jawapannya, mata sebab dia matta band, oo, kamu sangat bodo, sebab dok jawab…bukan mulut, mane ade mulut band , bodo…..

Soalan: Tengah malam ada apa?
Jawapan : ada hantu la tozo…

Soalan: Banyak-banyak huruf, huruf apa paling jauh?
Jawapan : Huruf jawi – nun

Soalan: atas nun ade nape???
Jawapan : ade titik la toyol…nun tu huruf jawi…

Soalan: dlm byk2 kera, kera ape buleh kije???
Jawapan : kerani…

Soalan: APA DIA… KALAU HITAM IANYA BERSIH,KALAU PUTIH IANYA KOTOR…
Jawapan : PAPAN HITAM…

Soalan: bomb apa yg keluar air
Jawapan : bomba

Soalan: pada suatu hari, ali nok gi kedai jap peng..lepas tu, dia naik mutor,nape hok gerok???
Jawapan : semua dok gerok, sebab ali naik mutor jer, bukan bowok,tolol,bahalol,buffalo…

Soalan: dlm banyak-banyak kereta,kereta apa belum mandi wajib?..
Jawapan : kereta BMW..B-belum,M-mandi,W-wajib…hahaha..tongok…

Soalan: dlm banyak-banyak lori,lori apa yg buleh wak putih kulit???
Jawapan : lorea paris…hahaha..ade kan kat eklan…

Soalan: pada suatu hari, ali nok gi kedai kumariwasukongilolubodokuhaerwr….lepas tu, dia balik mule,bakpe???
Jawapan : sebab kedai tutop…haaaaahaaaaa….

Soalan: DALAM BANYAK-BANYAK BINATANG,BINATANG APE YANG SUKE BUAT JAHAT??
Jawapan : kambing dan lembu sebab suke meragut

Soalan: DALAM BANYAK-BANYAK buah,buah ape yg terkenal???
Jawapan : buoh keme yusof taiyyyyyyyyyyoobbbbbbbb….hahahaha……

Soalan: kalau orang jadi lembu,lembu jadi ape???
Jawapan : jadi heran la, bukan banyok ,katok….

Soalan: ali jalan kat tepi pantai..bile die tengok kat blakang die tgok tapak kaki die xade…bakpe??
Jawapan : sebab die ngundur…hahaha bodo….

Soalan: mana yg sakit?antara kelapa dengan durian,jika jatuh ke kepala kita…?
Jawapan : kepala ar sakit bodo…..

Soalan: dlm banyak2 buku, buku apa yang orang tak panggil buku……….
Jawapan : kamus la bongok………..

Soalan: kapal terbang terbang,ade burung berak atas kapal terbang tu,kapal terbang tu terbelah dua,nampak ape???
Jawapan : Nampok ngak nipu….bodo…

Soalan: kalau you tolak me…apa yang terjadi????
Jawapan : mie tumpah

SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Apa Itu Senyum?

 
Dalam fisiologi, senyum adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang.

Senyum itu datang dari rasa kebahagian atau kesengajaan karena adanya sesuatu yang membuat dia senyum, bertambah baik raut wajahnya atau menjadi lebih cantik ketimbang ketika dia biasa saja atau ketika dia marah.

Sumber wikipedia
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Scha Alyahya Buka Kedai Online Ecommerce FashionValet



FashionValet, E-commerce yang terkemuka di Malaysia memgumumkan kerjasamanya bersama selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya. Koleksi ini meraikan kontemporari dengan kepingan elegan yang mencerminkan pendekatan Scha untuk fesyen – moden dan menyeronokkan.

Koleksi yang memaparkan pelbagai warna bold dan pastel ini diilhamkan oleh gaya peribadi Scha sendiri, reka bentuk adalah minimum untuk memancarkan keanggunan moden, penggunaan pelbagai warna serta merta membuatkan koleksi ini bergaya.

Koleksi Scha for FashionValet mempunyai 11 reka bentuk yang menawarkan fleksibiliti dalam memakai. Structured skirts, long sleeved tops, flare sleeved tops, skants – skirt and pants boleh dipakai bersama-sama atau mix n match dengan kepingan peribadi lain dalam mewujudkan rupa yang sesuai.

Scha for FashionValet akan mula dijual di www.fashionvalet.com bermula 2 April 2015 dan berharga antara RM129 – RM159. Terdapat lebih daripada 10 rekaan dan saiz berkisar dari XS ke XXL. Bukan itu sahaja, setiap pembelian juga dilengkapi dengan kad yang ditandatangani secara digital oleh Scha Alyahya.

Sumber : Wanista
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Sebab kenape aku tak Suka Whatsapp Group



1. Bangun Pagi dengan 150 Message yang berlainan...

Ia macam satu kemestian bangun pagi untuk check Email,message,whatapp dan FB Chat . Dan Whatapp selalu memberi keputusan yang sangat mengjengkelkan. 12 Malam tido bangun pagi beratus message .. oh really?

2. Manusia overactive dengan membuat group-group unik.

orang yang sama, group sampai 3 dengan nama yang berlainan ... motif?
lagi satu admin group lawan2 tuk aktifkan group .. perhh dah cam zaman MIRC.

3. Group yang membuat anda rasa terasing.

Nama group geng college, geng bas sekolah, geng aku kaya. hampir separuh anda tak kenal dan tiada dalam contact.  Cukup 24 jam Blah cepat!

4. Anda tidak boleh lari dari notifikasi .

hmmm ... uish ade notification la... bukak2 gambar beruk panjat pokok kelapa. spoil!!
letak mute skali pun .. dah macam saka sentiasa menghantui anda...
kalau yang perangai cam budak tadika kasi spam x henti2.. itu reason kuat tuk kuar group..

5. Gambar-gambar pelik dalam gallery.

Aku takde seumur hidup nak masukkan aktiviti mendelete gambar dalam schedule aku tiap hari..
tiap kali browse gambar kat gallery untuk tujuan tertentu.. ade je gambar yang pelik2 seperti gambar kambing , lembu dan unta. aku terpaksa scroll panjang tuk cari gambar yang aku nak....

6. Drama .

Kat sosial site mane skalipun .. takleh lari dengan bende ni... tp whatapp more lebih private so ia seribu kali lebih teruk rasanya..

7. Tiada Sebab untuk turut serta.

Dua situasi . satu mmg anda xde sebab nak turut serta dalam group dan anda mula rasa janggal yang teramat , lagi janggal bila ada org yang peramah tegur privately, "Eh kenape u x join borak kat group?" .. jawapan jujur "aku taknak baca , apatah lagi join"

8. Penyesalan kerana membaca.

Situasi satu lagi .. anda bosan , dan saja baca semua chat yang ada dalam group. dan itu keputusan paling anda sesali.. wakaka.. korang xde kerja ke ? every minute bebbbb.. lagi2 yang jenis borak best kat mamak... cerita ko menarik dow! aku mmg nak dengar.. serius aku menyesal baca... aku menyesal!!

9. Jika anda telah masuk ke satu group. untuk keluar bukan sesuatu yang mudah.

Ia satu keputusan yang sukar untuk keluar. anda terpaksa fikir berjuta kali. "Dude member baik gua , makcik, pakcik, kazen, family gua semua dalam group. ko cakap aku camner aku nak keluar (luahan sambil mengelap air mata) .. aku dah terlibat dalam bende ni .. aku tak boleh keluar dah .. mungkin dah takdir hidup aku macam ni ..."


10. Bila anda berjaya keluar. ada malaun masuk kan anda balik dalam group.

Kau lah orang paling aku benci dalam dunia. kau kejam! .. aku takkan lupakan ko seumur hidup aku.. ko tak tau macam mana susah payah aku tuk buat semua ni ... !


p/s: Aku xtaulah aku je ke yang rasa semua ni ... kita takleh lari dari dunia sosial , secara maya mahupun realiti. tapi privasi tu kadang-kadang penting jugak. aku bukan jenis orang pakai dua simcard or dua phone. so ia kadang-kadang memberi masalah dari sudut psikologi dan masa pada aku . FB group ada sebagai penyelesaian . banyak pulak aku cakap. 


SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kisah Nick Woodman



Masih ramai yang tidak kenal pada lelaki ini , Nicholas Woodman atau Nick Woodman , Tetapi apabila disebut tentang GoPro pasti ramai yang tahu akan produk kamera tahan lasak ini . Nick Woodman ialah seorang inovator yang mencipta kewujudan GoPro dan kini telah bergelar seorang jutawan muda di Amerika Syarikat.

Kenali Nicholas Woodman.

Nick Woodman menurut gurunya , adalah seorang yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan dia juga seorang olahraga dan memiliki pencapaian baik di sekolah. Nick menyambung pengajiannya di University of San Diego dan memperoleh sarjana dalam bidang seni visual di sana. Nick Mempunyai kegilaan akan sukan lasak , terutamanya sukan luncur air.

Bermula Dengan Kegagalan.

Selepas Tamat belajar , Nick mempunyai kesukaran untuk mendapat perkerjaaan sehingga umurnya 30 tahun . Dalam jangka masa itu Nick telah menceburi bidang keusahawan dan entrepreneur online dengan menjual pelbagai jenis barangan.

Pertama, dia mencipta EmpowerAll.com, laman e-dagang yang menjual barangan elektronik murah dengan mengsasarkan golongan muda sebagai pelanggan utama. Syarikat itu tidak membuat apa-apa keuntungan dan telah ditutup operasinya. Tetapi itu bukan penamat untuk Nick dan beliau mencuba lagi dengan lebih kuat . Pada tahun 1999 beliau menubuhkan FunBug sebuah syarikat pemasaran online. Laman web ini memberikan peluang untuk pengguna memenangi hadiah wang tunai sebagai ganjaran. Ia adalah konsep pemasaran melalui permainan. Walaupun beliau berjaya mengumpul hampir USD 3.9 Juta dari pelabur yang berbeza. Syarikat itu menampakkan peningkatan pada awalnya tetapi pada tahun 2001 dimana tahun gelombang ketidakpercayaan pengguna kepada internet , ia memberi impak kepada Nick dan pengusahaannya dengan FunBug. Nick gagal dalam percubaan keduanya ini dengan jumlah kerugian hampir 4 juta USD .

Dalam Forbes Nick mengatakan :

"Tiada siapa suka akan kegagalan , tetapi perkara paling teruk berlaku pada saya adalah kehilangan
wang pelabur saya yang mana mereka yang mempercayai akan idea saya, dan anda mula bertanya. Adakah idea saya benar-benar baik?"

Tidak Berhenti.

Selepas kegagalan kedua, Nick mengambil keputusan untuk merehatkan diri dari dunia pengusahaan dan pergi bercuti di Bali Indonesia, Disana Nick cuba melupakan kegagalannya dengan menikmati sukan luncur air yang sangat diminatinya. Dan pada saat itu jugalah , Nick mendapat idea untuk membuat sebuah kamera yang mampu di ikat pada lengan supaya dapat merakam aksinya meluncur dan di tunjukkan pada rakan-rakan.

Nick berkata: "Semua peluncur mahu aksi mereka dirakam , tetapi itu terjadi hanya bila anda seorang professional. Apabila anda mendapat ombak yang terbaik anda mula berkata, ahhh seandainya sahaja kami memliki kamera."

Pulang dari percutiannya Nick mula membuat prototype dan mengusahakan kamera tahan lasak yang kini dipanggil GoPro.

Tiada perkara Yang Mudah.

Bukan mudah walaupun anda mempunyai idea yang bagus sekalipun , begitu juga yang dialami oleh Nick , Dia sangat takut akan kegagaalan di saat itu oleh kerana kegagalannya pada bidang e-dagang . Nick menggunakan modal awal dari pengikat tali pinggang yang dibelinya di Indonesia dengan menjualnya di Amerika pada harga 60 dollar dan bantuan wang dari orang tuanya .Nick juga terpaksa menjual van lama kesayangannya . Ia mengambil masa 2 tahun untuk membangunkan produk ini , bermula dengan 3MP sehinggalah ke camera HD .

Hasilnya pada penjualan pertama GoPro pada tahun pertama hampir mencecah 350,000 Dollar . Selepas itu Nick mula membuat pemasaran secara online melalui media sosial , sehingga kita kenali sekarang akan kamera tahan lasak yang memberi hasil yang sangat memuaskan ini .

Kini Nick Woodman Mempunyai kekayaan sekitar 1.3 Million dollar. Ramai orang mempunyai idea yang besar , tetapi hanya sedikit yang berusaha kearah idea itu. Nick Woodman mengatakan bahwa idea terbaik akan muncul ketika melakukan hal yang dicintai

SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Cara Cash out Duit dari 8share 2015

Disini adalah post tutorial untuk cara-cara cashout duit dari 8share untuk interface design terbaru 8share untuk tahun 2015 .. dalam bulan 10 kalau tak silap 8share ade wat upgrade interface dorang .. so cara cashout lama agak berlainan sedikit .. di sini akan di beri tutorial bergambar dan step by step macam mana nak cash out duit dari 8share untuk 2015

Daftar 8share --->>> Click here 

1 .  Pertama Login ke 8share anda dan click Dashboard link yg ada di sebelah kiri website 8share.


2 . Selepas itu pastikan duit pendapatan 8share anda telah melebihi RM 50 untuk cash out . Selepas duit 8 share anda telah melebihi RM 50 , button untuk request cash out akan tertera di page Dashboard seperti gambar di bawah . Tekan button "Request cash out Now!" untuk cash out


3 .  Selepas tekan request cash out button anda akan ke page untuk bank details dan comfirmkan jumlah wang yang anda mahu keluarkan dari 8share . RM 1 akan di tolak dalam process cash out 8share ni . jadi letak la jumlah melebihi RM 1 dari duit yang anda ingin kan . Contoh RM 51 . dan Tekan button "Send Cash Out Request" .


4. Selepas itu anda akan ke page Comfirm details . Sila cek betul-betul Details anda dn yang paling penting account number anda , Dimana wang itu akan di masukkan nanti . selepas anda yakin dengan detail-detail anda , tekan Button "Comfirm Details" .


5. Selepas tekan comfirm , ini bermakna anda telah menghantar permohonan untuk request . Dalam masa yang sama Email dan Status Pesanan anda akan bertukar ke "Pending" dan akan di review oleh pihak 8share dalam masa 1 ke dua minggu .  


Contoh email yang akan di beri

6. Selepas di Review dari pihak 8share anda akan menerima satu lagi email pengesahan permohonan yang anda buat dan status anda di 8share akan bertukar ke "Verified" . dan duit anda akan di masukkan dalam masa 1 ke dua minggu dari tarikh terima email.


7. Selepas beberapa hari . Anda akan menerima email dari 8share seperti di bawah . Duit anda telah pun selamat masuk . Tahniah ! :)


status akan bertukar ke Completed

Bukti pembayaran dari 8 Share seperti di bawah


Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat duit secara online melalui iklan 8share sila daftar di link di bawah



Noted: Secara peribadi 8share adalah website iklan terbaik untuk menjana wang untuk yang baru-baru berjinak dengan buat duit secara online ni . sebelum traffic atau audience anda menigkat dan beralih ke GOOGLE ADSENSE , POPCASH atau H12 dan sebagainya .. ( Baru2 belajar jgak)
  • cara buat duit dengan 8share 2015
  • iklan 8share bagi duit 2015
  • cara keluarkan duit dari 8share 2015
  • tips untuk 8share 2015
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ilmu dalam Ilmu

Orang mukmin tidak mengikat dirinya. Lebih-lebih lagi hatinya tidak terikat dengan dunianya. Diri kepunyaan Tuhannya. Hati berpaut kepada-Nya. Hatinya tidak terhutang budi kepada sesiapa. Dia merasa merdeka dengan manusia. Bahkan juga dengan sebarang benda. Ia cukup dengan Tuhannya. Kalaupun berhubung dengan manusia atau dengan benda. Ada kaitan dengan Tuhannya. Identiti Islam dibawa ke mana-mana. Prinsip hidupnya tidak berubah oleh suasana. Oleh itu kapitalis tidak dapat memilikinya. Yang punya cemeti tidak dapat mengikatnya. Perempuan cantik tidak dapat mempesonakannya. Ia boleh hidup di mana-mana. Buminya di mana-mana saja. Ia tidak terikat dengan rumahnya. Ia merdeka sepenuh masa kecuali dengan Tuhannya. 
Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW, mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa yang Rasulullah ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh.

Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat AI Quran. Sayidina Ali k.w.j.contohnya, mampu mengupas Surat Al Fatihah hinggakan kalau sepuluh ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu.

Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan penuh berisi. Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang.

Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu. Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit Tabiin, ramai yang dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan dan sebagainya.

Tambahan pada itu ramai daripada mereka yang dapat menguasai berbagai bagai ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum Islam, mereka hanyalah pengembala-pengembala kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka. Dengan didikan Rasulullah SAW menjadikan insan mereka terbina, hati dan roh menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan menterjemah berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu.

Cara kedua, untuk mendapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Allah SWT ada berfirman:
“Barangsiapa mengamalkan ilmu, Aku akan ajarnya ilmu.”
Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan, Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah SWT akan jatuhkannya terus ke hati kita. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau ilmu laduni.
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kenali Manusia yang mempunyai sifat Peribadi Introvert


Di saat keramaian makan malam selepas habis aktiviti siang , keadaan hingar bingar dengan suara percakapan manusia dari segala sudut . Ada yang berborak kosong , berbincang , bergelak ketawa dan ada yang duduk bersendirian menikmati makanan sambil melihat sekeliling . Orang seperti ini hanya berbicara dan mengeluarkan katanya dari mulut untuk orang-orang yang rapat dengannya sahaja . Kadang-kadang topiknya serius dan percakapan dia tak terhenti , tapi selalunya dia akan dengar dan berdiam diri sahaja . Apabila pendapatnya di perlukan barulah dia membuka mulut . Pergerakannya terbatas di kawasan itu sahaja, dia tidak pergi untuk bergaul di tempat lain . Di sudut jauh dia kelihatan seperti sombong dan tidak bergaul . Dan ada yang beranggapan dia seperti malu dan berat mulut .

Adakah anda mengenali orang seperti ini di keliling anda? yang suka bersendirian dan sukar untuk di dekati ? .. walaupun begitu dia seorang yang sangat produktif dan berfikiran kritis . Cara berkerjanya sendiri dan mempunyai batas dalam kerja berkumpulan . Orang seperti ini sentiasa di label sebagai sombong , pemalu dan tidak bercampur . 

Manusia memang diciptakan tuhan berbeza-beza dari segala aspek , dari fizikal , pemikiran bahkan keperibadiannya . Berbicara tentang keperibadian yang berbeza. Adakah anda termasuk orang yang suka menyendiri? atau tidak suka bergaul dan pergi ke tempat umum? ini adalah salah satu ciri sifat-sifat introvert . Apa sebenarnya introvert itu ? dan apa ciri-ciri introvert?

Apa itu Introvert?

Sifat Introvert adalah sifat orang yang berorientasi pada diri sendiri, dalam erti kata lain seseorang yang memiliki peribadi ini adalah seorang yang suka menyendiri. Kurang peduli akan dunia luar . Tapi apakah dengan begitu orang bersifat introvert ini memliki sifat pendiam , pemalu dan terlalu individualistik ? ia adalah tidak benar sama sekali . Banyak pandangan yang menyimpang tentang sifat introvert ini . Sering kali masyarakat mengecil dan menjauhkan orang-orang introvert kerana sifat individualisnya yang seakan mementingkan diri . Tetapi sebenarnya orang-orang introvert mempunyai banyak sekali sifat yang positif. Kerana kesendirian orang-orang ini mengetahui apa erti kesetiaan dan persahabatan.

Akan sifat pemalu yang di label akan peribadi introvert dan tidak suka bersosial adalah salah sama sekali . Orang yang mempunyai sifat introvert bukan tidak suka untuk bersosial dan bergaul , cuma mereka mempunyai pemikiran yang menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang bagi mereka membuang masa dan berbicara tentang perkara yang bagi mereka tidak penting . Tapi jika orang introvert ini bertemu dan membicarakan topik kesukaannya mereka akan berbicara tanpa henti . Mereka jarang berinteraksi dengan orang asing , mereka hanya berinteraksi kepada orang lain jika mereka punya alasan dan penting bagi mereka . Introvert selalunya akan membalas percakapan dengan sedikit dan untuk keperluan sahaja. Mereka tidak suka akan sensasi dan perhatian .

Orang introvert juga sangat membatas akan kenalan-kenalannya . Kerana mereka lebih mementingkan kualiti dari kuantiti . Sangat berbeza keperibadian ekstrovert yang suka bergaul dan mempunya ramai kawan dalam satu-satu masa. Bagi introvert semakin sedikit kawan semakin sedikit masalah yang ditimbulkan mereka lebih fokus dan setia dengan kawan yang memahami kerja dan permikiran mereka . Kerana itu orang introvert lebih suka bersendiri dan tidak banyak kenalan kerana perangai introvert yang nyaman dan fikiran mereka yang menyendiri , mencari pencapaian dan memerlukan seorang untuk berkongsi apa yang mereka telah capai. 

Orang Introvert bukan tidak boleh atau tidak suka untuk berada di publik tetapi mereka tidak suka berada di publik dalam waktu jangka yang lama dan terlibat dengan publik yang ramai dan penuh kesibukan atas sebab cara kerja otak mereka berbeza dengan orang ekstrovert . Orang Introvert mempunyai saraf yang sensitif terhadap Neuotrasmitter , atau lebih dikenal degan dopamine , mereka tidak menyukai adrenalin dan pencari sesasi , jika mereka terlalu banyak kebisingan dan bicara daya pemikiran mereka akan berkurang .

Introvert juga tersangat individualistik , mereka tidak suka mengikut trend . Cara hidup mereka yang tertutup dan tidak mengikut trend ini la yang membuat mereka mempunyai pendirian yang kuat dan tak mudah terpengaruh . Mereka lebih akan sesuatu yang mereka anggap berguna , oleh kerana itu mereka di pandang pelik oleh masyarakat kerana mereka tidak seperti masyarakan umum .

Di Akhir ini tidak perlulah kita untuk menimbulkan masalah dimana kita adalah introvert atau ekstrovert . Lebih tumpulah pada kepentingan untuk membangkitkan potensi diri berdasarkan pengetahuan akan jenis peribadi kita , kerana setiap keperibadian tertentu memliki kelebihan dan juga kekurangan . 

Pada mereka yang mempunyai keperibadian minoriti seperti introvert ini janganlah merasa kecil kerana banyak kelebihan dari sifat peribadi ini dan Banyak tokoh-tokoh yang mempunyai peribadi introvert ini sebagai contoh :

Bill Gates
Warren Buffet
Marck Zuckerberg
Larry Page
Mahatma Gandhi
Albert Einstein
Abraham Lincoln
J.K. Rowling

Keanu Reeves:
“I was kinda shy in school, but I also had the class-clown element about me.  I was removed, but I was involved.“

Stephen Spielberg:
“I never felt comfortable with myself, because I was never part of the majority. I always felt awkward and shy and on the outside of the momentum of my friends’ lives.”

Emma Watson :
“It’s interesting, because people say things to me like, “It’s really cool that you don’t go out and get drunk all the time and go to clubs,” and I’m just like, I mean, I appreciate that, but I’m kind of an introverted kind of person just by nature, it’s not like a conscious choice that I’m making necessarily. It’s genuinely who I am … Coming to realize that about myself was very empowering, because I had felt like Oh my god, there must be something wrong with me, because I don’t want to go out and do what all my friends want to do.”

Mereka adalah contoh para introvert yang cukup berjaya dan memanfaatkan keperibadian mereka .


Sumber wikipedia : Ekstraversion and introversion , Huffingtonpost , 


SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hikmah Hijrah Nabi



Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung di dalam sejarah islam. Semua orang islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru. Kaum muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.

nabawi7Sempena kedatangan bulan Muharram ini, saya ingin berkongsi beberapa hikmah yang diperolehi dari peristiwa hijrah Nabi saw.

Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekkah,) tetapi jihad dan niat (yang baik.) Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah.” [Hadis riwayat Muslim]

Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya Riyadus Solihin dengan maknanya; "tidak ada hijrah dari Mekkah (selepas pembukaan Mekkah), kerana telah wujudnya sebuah Negara Islam."

Katanya lagi di dalam Syarah Sohih Muslim bahawa para ulamak berkata, hukum berhijrah dari Negara kafir harbi ke Negara Islam masih kekal hingga hari kiamat. Pada hadis ini ada dua takwilan :
i. Tidak ada hijrah dari Mekkah selepas pembukaan Mekkah kerana telah wujudnya sebuah Negara Islam, tetapi yang masih ada hanyalah hijrah dari Negara Kafir harbi.

ii. Tidak ada hijrah selepas pembukaan Mekkah yang sama pahalanya dengan hijrah sebelum pembukaan Mekkah sebagaimana firman Allah swt:
"... tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah) [Surah Al-Hadid : 10]

Dan maksud sabda Nabi saw : “ Tetapi Jihad dan Niat ”, adalah ;
Tetapi apa yang tinggal untuk kamu adalah jalan untuk jalan untuk memperoleh fadhilat-fadhilat hijrah tersebut iaitu dengan jihad dan niat yang soleh dan baik pada setiap perkara.

Dan maksud sabda Nabi saw : “Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah ”, adalah;
Apabila pemimpin kamu menyeru kepada jihad atau berperang, maka pergilah.

Beberapa Peristiwa Penting Dlam Hijrah Nabi Muhammad saw

Kisah-kisah berkenaan Hijrah Nabi Muhammad saw sedia maklum kita mengetahuinya. Apa yang ingin saya kongsikan adalah hikmah yang kita boleh ambil daripadanya. Namun begitu, saya ingin sebutkan secara ringkas rentetan Hijrah Nabi saw.

* Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
* Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
* Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
* Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
* Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
* Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
* Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
* Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
* Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
* Nabi tiba di Madinah
* Pembinaan Masjid Nabawi
* Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

Istifadah Dari Peristiwa Hijrah Nabi saw

1. Musuh-musuh islam suka untuk membunuh para du’at
Sesungguhnya kafir Quraisy tidak hanya kekal di dalam kekufuran mereka, mereka juga menghalang manusia dari dakwah, membuat cerita bohong mengenai Nabi Muhammad saw, menyeksa sesiapa sahaja yang memeluk islam sehingga memaksa mereka berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah.

Mereka juga memboikot dan memulaukan Nabi saw, sesiapa sahaja yang mengikut baginda dan sesiapa yang ada hubungan dengannya.. Iaitu pemulauan ekonomi, dilarang melakukan sebarang urusniaga dengan mereka. Dan yang paling teruk sekali ialah apabila mereka bersepakat untuk membunuh Nabi saw. Caranya, mereka akan mengumpulkan pemuda-pemuda dari setiap kabilah dan menetak baginda secara serentak.

Namun begitu, Allah swt telah menyelamatkan baginda dan mematahkan rancangan jahat tersebut. Justeru, para duat tidak sepatutnya menjauhi orang-orang yang memusuhi dakwah ini, walaupun mereka cuba membinasakan kita dengan cara membunuh atau membuat tuduhan-tuduhan supaya kita dijatuhkan hukuman mati. Biasanya orang yang melakukan komplot-komplot ini adalah dari kalangan pemerintah dan pelaksana undang-undang.

Para duat perlu memahami dan menyedari bahawa tidak akan ada kehidupan yang tenang antara ahli batil dan ahli kebenaran, lebih-lebih lagi jika ahli batil itu adalah dikalangan orang yang mepunyai kuasa dan pangkat.

2. Mengambil asbab bagi setiap perbuatan
Para duat perlu mengambil setiap asbab yang dapat menggagalkan rancangan jahat musuh, jangan lalai sehingga terlaksananya rancangan mereka. Carilah asbab-asbab yang dapat menggagalkan rancangan jahat mereka.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw menyuruh Ali r.a untuk tidur di atas katilnya, bagaimana baginda keluar dari rumahnya, bagaimana mereka bersembunyi di gua Thur dan menetap di situ selama beberapa hari supaya terlepas dari tipu daya kaum musyrikin.

Justeru, setiap duat perlu mengambil setiap jalan-jalan yang dibenarkan syarak supaya dapat menjauhi dari bahaya musuh seperti keluar dan menjauhi tempat tinggal mereka dan pergi ke rumah kawan-kawan yang dipercayai, bersembunyi di situ, tidak keluar darinya. Ataupun, tidak bercampur dengan mereka atau apa-apa sahaja jalan-jalan yang dibenarkan oleh syarak yang dapat menjauhkan para duat dari bahaya.

3. Perlunya berhati-hati
Para duat perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati, dia tidak boleh memberitahu orang lain sesuatu yang dapat menghalang dakwahnya, walaupun kepada keluarga sendiri sekiranya ia boleh membawa kepada kemudharatan.

Kita dapat lihat bagaimana ketika dia tiba di rumah Abu Bakr, dia telah : “Keluarkan semua orang selain dari engkau.” Baginda telah datang sambil menyamar iaitu dengan menutup kepalanya, dia datang pada waktu zohor, dan keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang. Semua ini menunjukkan kepada keharusan berhati-hati dan berwaspada dari musuh-musuh.

Justeru, para duat perlu melakukan semua ini, jangan menganggapnya sebagai tindakan seorang pengecut yang dikeji. Tetapi ia adalah satu perancangan yang tersusun dan menepati syarak.

4. Menyembunyikan nama, kerahsiaan
Para duat jika melihat suasana tidak sesuai dan perlu untuk menyembunyikan nama-nama mereka atau sebahagian dari mereka ataupun perwatakan duat. Ini dapat dilihat pada tindakan Abu Bakr ketika mereka di dalam perjalanan ke Yathrib (sebelum ditukar kepada Maidnah Al-Munawwarah). Para duat jangan lalai atau lupa dengan perkara ini.

Ketika di dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah berjalan di depan dan Abu Bakr di belakang. Jadi, apabila dia ditanya siapakah orang di depan itu, dia akan menjawab : “ Dia adalah penunjuk jalan ”. Maka orang yang bertanya itu akan menyangka bahawa jalan yang dimaksudkan adalah jalan yang biasa, tetapi hakikatnya ia adalah jalan ke arah kebaikan dan hidayah.

5. Beriman dengan mukjizat
Ketika Nabi Muhammad saw sedang berhijrah, telah berlaku beberapa mukjizat yang menjadi bukti kebersamaan Allah swt dalam menjaga rasul-Nya. Diantara apa yang diriwayatkan adalah ; sarang labah-labah dan burung merpati, dan tumbuhnya pokok di depan pintu gua. Begitu juga peristiwa antara baginda dan Ummu Ma’bad, Suraqah yang berjaya menjejaki nabi. Dia telah dijanjikan dengan kalung raja kisra.

Berkenaan dengan kisah burung merpati dan labah-labah, timbul satu persoalan. Adakah kedua-duanya benar-benar ada?

Dr. Yusuf Al-Qardawi mengatakan :
“Adapun merpati itu, tidak ada riwayat yang sohih atau hasan berkenaannya. Manakala labah-labah pula, terdapat riwayat mengenainya. Ada yang mengatakan ia hasan, ada pula yang mengatakan dhoif. Apa yang penting adalah, Allah swt mempunyai tentera-tentera. Boleh jadi labah-labah yang mana Allah swt menyifatkan sarangnya sebagai sarang yang rapuh.

Maksudnya: Misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.

Tidak peliklah jika Allah swt menjaga rasul-Nya dengan sarang yang rapuh atau Allah swt menjaganya tanpa ada asbab-asbab yang kita boleh lihat. Apa yang penting, rasul-Nya terjaga dan terpelihara.” [Khitabul Asy-Syeikh Al-Qardawi, juzu’ ke-4, dikumpulkan oleh Dr. Khalid Khalifah As-Saad]

Oleh itu, para duat tidak boleh menyembunyikan kisah ini malah perlu menyebutkannya selagimana ia disebutkan di dalam sunnah nabawiyyah. Katakanlah bahawa peristiwa ini menjadi bukti yang jelas kenabian Nabi Muhammad saw.

6. Meminta pertolongan dari kafir yang dipercayai
Para duat dibenarkan meminta pertolongan dari orang yang tidak beriman, selagimana dia dipercayai. Kita boleh lihat bagaimana Nabi Muhammad saw dan Abu Bakr mengupah seorang musyrik untuk menunjukkan jalan dalam penghijrahan mereka. Sedangkan ia adalah waktu yang genting dan merbahaya.

Tidak syak lagi bahawa nabi saw dan Abu Bakr mempercayai dan merasa aman dengannya. Ini menunjukkan bahawa orang-orang kafir, pelaku maksiat atau sesiapa yang tidak berkaitan dengan jemaah islam, pasti ada dikalangan mereka yang boleh dipercayai. Seperti mempunyai hubungan kekeluargaan, kenalan lama atau jiran.

Atau mereka dipercayai kerana mempunyai asas akhlak yang baik seperti amanah, suka kepada perkara kebaikan atau apa-apa sebab yang lain. Manakala, masalah-masalah lain yang mungkin timbul, ia bergantung kepada kebijaksanaan duat itu sendiri dan sejauh mana dia mengenali orang yang menolongnya.

7. Ketinggian kedudukan Abu Bakr As-Siddiq
Bagi setiap duat yang memperkatakan tentang peristiwa hijrah nabi saw, adalah mustahak untuk turut menyebutkan ketinggian kedudukan Abu Bakr di sisi Nabi Muhammad saw dan di sisi Islam. Buktinya, Nbi saw pergi berjumpa Abu Bakr dan memintanya untuk meneman bagi saw selepas mendapat keizinan daripada Allah swt untuk keluar berhijrah.

Manakala Abu Bakr pula, dia sangat takut jika berlaku sesuatu yang buruk kepada baginda saw ketika di gua Thur, kerana dia sangat mengasihi baginda saw lebih dari dirinya sendiri. Oleh itu, para duat perlu mengingatkan manusia akan kebaikan dan budi pekerti Abu Bakr ini, serta menjadikannya dan para sahabat umumnya sebagai qudwah dalam mencintai Nabi saw.

8. Kepentingan Masjid
Para duat perlu menggalakkan manusia supaya membina masjid di setiap kampung dan tempat tinggal serta menjaganya. Ini dilakukan supaya dapat mengingatkan manusia kepada solat, ibadah kepada Allah swt, perjumpaan untuk mengkaji kitab Allah dan sunnah Nabi saw dan sebagainya. Kita dapat lihat kepentingannya ketika mana Nabi saw tiba di Quba’, baginda telah membina masjid untuk kaum muslimin solat.

Justeru, para duat tidak boleh memandang ringan pembinaan masjid ini terutama di kampung-kampung sehingga kita meremehkan pembinaan dan pembaikannya, kerana pengimarahan masjid itu bergantung kepada solat yang ditunaikan di dalamnya disamping jumlah jemaah yang ramai. Tambahan pula, di antara medan dakwah para duat adalah di masjid disamping khutbah jumaat, supaya khutbah tersebut dapat mencapai tujuan yang syar’ie.

9. Bersama-sama melakukan perkara-perkara kebaikan
Apabila seseorang daie itu menyuruh manusia untuk melakukan sesuatu amalan kebaikan seperti membina masjid atau sekolah, membaik pulih jalanraya, mengambus lecak atau lopak, mananam pokok dan lain-lain perkara kebaikan, maka para duat mestilah sama-sama turun padang membantu mereka supaya dia dapat menjadi qudwah hasanah.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw bekerja bersama-sama para sahabat dalam membina Masjid Nabawi di Madinah.begitu juga jika dia menggalakkan manusia untuk bersedekah, dia juga perlu melakukannya terlebih dahulu mengikut kadar kemampuannnya walaupun sedikit.

10. Nasyid untuk menaikkan semangat
Sebagimana yang kita tahu, para sahabat bernasyid dengan beberapa bait syair ketika mereka membina Masjid Nabawi di Madinah, sebagai perangsang kepada pekerja dan meningkatkan keazaman, dan Nabi saw tidak menghalangnya. Ini menunjukkan kepada keharusannya.

Oleh itu, para duat dibenarkan bernasyid sebagai perangsang dan pembangkit semangat untuk melakukan perkara kebaikan. Begitu juga dibenarkan menggunakan segala wasilah yang syar’ie sebagai perangsang.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah jumaatnya :
Sesungguhnya hijrah Nabi saw meninggal satu tempat yang paling disayangi oleh baginda, paling disukai oleh Allah swt. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat baginda membesar. Lebih-lebih lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.

Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa sahaja yang disukai oleh manusia.

Nabi saw telah berhijrah meninggalkan negaranya dan kawan-kawannya. Firman Allah swt yangbermaksud: "Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan Kami ialah Allah". [Surah Al-Hajj : 40]

Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan Allah swt. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana islam perlu kepadanya. Sebuah begara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di situ, dilaksanakan syariat islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan kekuatan islam.

____________________

Tulisan Ustaz Naqib Hamdan (Universiti Al Azhar, Mesir.)
sumber:http://www.haluantarbawi.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=322:mengimbau-hikmah-hijrah-rasulullah-saw&catid=36:hari-kebesaran-islam
SHARE SHARE SHARE