Apa Makna April Fool ?
Sekali lagi kita akan menghadap 1 April atau terkenal dengan Gelaran April fool day. April Fool adalah satu perayaan pada setiap tanggal 1 April dimana, perayaan yang agak pelik dan memang menarik sebenarnye. Dimana kita semua tak boleh marah pada hari itu apa bila dikena atau dibodohkan oleh sesiapa. Setiap jenaka penipuan yang dibuat oleh seseorang akan di akhiri dengan laungan "APRIL FOOL!!" . Dan dari situ kita tahu maknanya kita terlupa yang hari ini adalah tanggal 1 April iaitu bersamaan perayaan April Fool setiap tahun. Dan kita ketawa kerana tahu yang ini semua jenaka April Fool semata-mata. Bagi pengalaman aku, memang aku pernah merasai sedikit kemeriahan April Fool ini di Sekolah rendah dahulu bersama kawan. Memang seronok kenakan orang dan juga dikenakan. Pada awalnya aku tak tahu apa makna sebenar April fool ini. Sehingga ada yang menegur yang mengaitkan April Fool dengan peristiwa penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol. Sama Seperti valentine day , yang dikatakan hari meraikan kejayaan Tentera Kristian Mengambil Semula Jajahan Sepanyol. Kepastian semua ini haruslah di cari sendiri atau di fikir sendiri semua, semua bergantung pada diri sendiri, bagi aku yang mana baik kita ikut yang tak baik kita buang. Kadang-Kadang semua ini buat kita jadi Paranoid dengan semua benda. Sama macam Iluminati, sampai ada yang berhenti belajar sebab takut akan system Iluminati ni.
Berbalik Pada April Fool, Bagi aku tak perlulah nak April Fool ke May Fool ke Disember Fool ke, Dah memang menipu memang bukan satu benda yang elok, apatah lagi merancang untuk membodohkan orang tanpa rasa bersalah.Paling tidak niat untuk membuat orang ketawa, bukan untuk meraikan hari April Fool dan mengiktiraf yang penipuan itu satu benda yang boleh diraikan, Dah memang boleh fikir ini satu benda yang negatif. Tanpa cari apa makna Apri Fool pun kita sudah tahu yang ini benda yang tak elok untuk diraikan.
Antara Peristiwa-Peristiwa Yang berlaku Pada April Fool
Disini ada Peristwa yang berlaku pada April Fool , Kisah-Kisah Benar yang berlaku ketika perayaan Hari April Fool :
- Pada 1 April 1946, gempa bumi dan tsunami di Pulau Aleutian membunuh 165 orang di Hawaii dan Alaska mengakibatkan dibuatnya sistem peringatan tsunami. Di Hawaii, tsunami ini dikenal dengan Tsunami April Mop, karena banyaknya orang yang mati karena tidak percaya berita akan kedatangan tsunami tersebut.
- Pada tahun 1979, Iran menyatakan bahwa 1 April merupakan Hari Republik. Kabar ini dianggap sebagai jenaka hingga tiga puluh tahun kemudian.
- Pada tanggal 1 April 1984, penyanyi Marvin Gaye ditembak dan dibunuh oleh ayahnya. Awalnya, orang beranggapan bahwa itu adalah berita palsu atau hoax, terutama mengingat aspek aneh ayah menjadi seorang pembunuh.
- Merger Square dan perusahaan saingannya, Enix, terjadi pada 1 April 2003, dan pada awalnya dianggap sebagai jenaka.
- Peluncuran Gmail pada April 2004 oleh Google juga awalnya dianggap jenaka, karena Google memang terkenal sering memasang jenaka April Mop pada web mereka..
Perayaan April Fool Mengikut Fatwa :
Perayaan April Fool Mengikut Fatwa. Di ambil Dari e-fatwa.gov.my
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Like this post :
Incoming Search:
story Chords , story Lirik , story Lyric , story mp3 , story lagu , story 4share , story kord , story online , story download , story piano , story ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment