Killjols Killjols: info
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sifat zuhud



Secara terminologi, ‘zuhud’ ialah mengarahkan keinginan kepada Allah SWT, menyatukan kemahuan kepadaNya dan sibuk denganNya berbanding kesibukan duniawi agar seseorang zahid (orang yang berperilaku zuhud) itu dipimpin oleh Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.

Zuhud dari sudut bahasa bererti berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan ‘syaiun zahidun’ yang bermaksud ‘sesuatu yang rendah dan hina’.

Allah SWT berfirman: “Mereka menjual Yusuf dengan harga murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka itu orang yang zuhud (kurang suka) kepadanya." (QS Yusuf: 21)

Al-Junaid al-Baghdadi mengatakan: “Zuhud adalah ketika tangan tidak memiliki apa-apa pun dan pengosongan hati daripada cita-cita.” Di sini seorang sufi tidak memiliki sesuatu yang berharga melainkan Tuhan yang dirasakannya dekat dengan dirinya. Yahya ibn Mu’adh pula mengatakan bahawa zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang mudah ditinggalkan’. Seorang sufi meninggalkan harta benda dan kemewahan duniawi untuk mencapai keredhaan Tuhan yang dicintai.

Menurut Imam al-Ghazali, hakikat zuhud adalah “meninggalkan sesuatu yang dikasihi dan berpaling daripadanya kepada sesuatu yang lain yang terlebih baik daripadanya kerana menginginkan sesuatu di dalam akhirat.” Manakala Ibn Taimiyah pula mengatakan bahawa zuhud itu bererti 'meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuk kepentingan akhirat'.

Sifat zuhud membangkitkan semangat spiritual yang tinggi. Ianya membawa zahid kepada sifat kehambaan yang sarat dengan kecintaan dan keredhaan Allah SWT. Maka, kebiasaannya seorang zahid akan menahan jiwanya daripada pelbagai bentuk kenikmatan dan kelazatan hidup duniawi, menahan daripada dorongan nafsu yang berlebihan agar memperoleh kebahagiaan yang abadi. Seorang zahid juga menepis apa sahaja yang menghalangnya untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Kecintaan kepada Tuhan mengalahkan segala alternatif yang mendorong kepada hubb al-shahwat (cinta untuk menuruti hawa nafsu).

Hasan al-Basri seorang tokoh sufi zaman awal Islam pernah mengatakan: “Jauhilah dunia ini kerana ia sebenarnya sama dengan ular; licin pada rasa tangan tetapi racunnya membunuh.” Pelbagai polemik telah terjadi dalam membincangkan kepentingan zuhud sehingga ada yang memandangnya sebagai hal yang bersifat ukhrawi sehingga ada yang menghadkan segala aktivitinya berhubung dengan akhirat semata-mata. Bahkan ada juga yang melihat zuhud sebagai kehidupan fakir dengan memakan makanan kasar (yakni tidak mementingkan kesihatan) atau memakai pakaian usang dan kasar.

Zuhud sebenarnya bukanlah mengharamkan yang halal atau sebaliknya, dan juga bukan membenci nikmat duniawi tetapi ia adalah perisai agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya. Ulama salaf seperti Sufyan at-Thauri, Imam Ahmad ibn Hanbal, ‘Isa ibn Yunus dan lain-lainnya menegaskan bahawa zuhud di dunia bererti ‘membataskan angan-angan dan keinginan’.

Perkataan zuhud sering disebut-sebut ketika kita mendengar nasihat dan seruan agar mengekang ketamakan terhadap dunia dan mengejar kenikmatannya yang fana dan pasti binasa, dan agar jangan melupakan kehidupan akhirat yang hakiki. Hal ini sebagaimana peringatan Allah SWT tentang kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya dan berbagai keindahan yang melalaikan.

Firman Allah SWT: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid: 20)

Ayat ini menunjukkan bahawa kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu, palsu, dan sekadar permainan. Yang dimaksudkan ‘sekadar permainan’ adalah sesuatu yang tiada bermanfaat dan melalaikan. Ayat ini juga menunjukkan bahawa dunia adalah perhiasan, dan orang-orang yang mencintai dunia menjadikannya sebagai perhiasannya dan tempat untuk saling bermegah-megahan dengan kenikmatan yang ada padanya berupa anak-anak, harta-benda, kedudukan dan yang lainnya sehingga lalai dan lupa beramal untuk bekalan akhirat. Allah SWT juga menyerupakan kehancuran dunia dan kefanaannya yang begitu cepat dengan hujan yang turun ke permukaan bumi. Ia menumbuhkan tanaman yang menghijau lalu kemudian berubah menjadi layu, kering dan pada akhirnya mati. Demikianlah kenikmatan dunia, yang kelak pasti akan binasa.

Maka barangsiapa mengambil pelajaran dari permisalan yang disebutkan di atas, akan menyedari bahawa dunia ibarat ais yang semakin lama semakin mencair dan pada akhirnya akan hilang. Sedangkan segala apa yang ada di sisi Allah SWT adalah lebih kekal, dan akhirat itu lebih baik dan utama sebagaimana lebih indah dan kekalnya permata dibandingkan dengan ais. Apabila seseorang mengetahui dengan yakin akan perbezaan antara dunia dan akhirat serta dapat membandingkan antara keduanya, maka akan timbul tekad yang kuat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Dalam pandangan Ibn ‘Ata’illah, zuhud ada 2 macam. Pertama, Zuhud Zahir Jali seperti zuhud dari perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal seperti makanan, pakaian, dan hal lain yang tergolong dalam perhiasan duniawi. Kedua, Zuhud Batin Khafi seperti zuhud dari segala bentuk kepemimpinan, kecintaan pada penampilan zahir, dan juga berbagai hal maknawi yang terkait dengan keduniaan.

Imam Hasan Al-Basri menyatakan bahawa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi “zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah SWT daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.”

Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah SWT lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah SWT. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya: “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab: “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada Allah SWT, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi: “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Tuhanku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”

Apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah SWT. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran kerana khuatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebatilan kerana mengharapkan pujian. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap bahawa kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya adalah sama, ianya menunjukkan bahawa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.

Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah SWT dan akhirat.

Zuhud bukan bererti meninggalkan dunia secara keseluruhan dan menjauhinya. Lihatlah Rasulullah SAW, teladan bagi orang-orang yang zuhud, Baginda mempunyai sembilan isteri. Demikian juga Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS, raja mempunyai kekuasaan yang besar sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Para sahabat, juga mempunyai isteri-isteri dan harta, malah ada di antara mereka yang kaya-raya. Semua ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.

Imam Al-Ghazali memberikan tiga cara untuk melaksanakan zuhud: Pertama, memaksa diri untuk mengendalikan hawa nafsunya. Kedua, sukarela meninggalkan kecintaan terhadap dunia kerana dipandang kurang penting. Ketiga, tidak merasakan zuhud sebagai beban, kerana dunia dipandang tiada nilai bagi dirinya.

Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: “Bagaimana cara engkau mencapai makam orang zuhud?” Ibrahim menjawab: ”Dengan tiga hal. Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemui orang yang dapat mententeramkan hatiku di sana. Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. Ketiga, aku melihat Tuhan Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak mempunyai alasan untuk menolak keputusan itu.”

Hakikat zuhud adalah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diinginkan oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih makam yang tinggi di sisi Allah SWT.

Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani mengatakan bahawa terdapat rukun kezuhudan, iaitu meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi; meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat; dan meninggalkan segala sesuatu selain Allah SWT kerana mencintaiNya.

Ada satu kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Haritsah. Nabi SAW bertanya: "Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?" Dia menjawab: "Aku sungguh beriman, ya Rasulullah." "Apa buktinya?", tanya Nabi SAW. Dia menjawab: "Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus (berpuasa) dan di malam hari aku berjaga, dan rasa-rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis." Nabi SAW lalu bersabda: "Itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan Allah. Engkau telah tahu Haritsah, maka jangan lupa."

Imam Ahmad Ibnu Hanbal mengklasifikasikan tingkatan zuhud kepada tiga tingkatan, iaitu:

1. Zuhud orang biasa, iaitu meninggalkan hal-hal yang haram

2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus), iaitu meninggalkan hal yang berlebih-lebihan meskipun ianya halal.

3. Zuhud orang Arif, iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan seseorang dari mengingati Allah.

Imam Al-Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga tingkatan iaitu:

1. Tingkat terendah adalah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat

2. Tingkat kedua adalah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat

3. Tingkat tertinggi adalah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut (khauf) atau harap (raja’), tapi semata-mata kerana cinta kepada Allah SWT.

Zuhud tingkat pertama adalah zuhud orang awam, zuhud tingkat kedua adalah zuhud para Salik yang soleh dan tingkat terakhir ini hanya dapat dimiliki oleh orang orang yang lebih khusus atau khawas al-khawas iaitu para Sufi yang telah mencapai tahap tertinggi dalam pengabdian kepada Allah SWT.

Antara sebab yang mendorong seseorang hidup zuhud ialah:

1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana kelak ia berdiri di hadapan Allah SWT pada hari kiamat dan diperlihatkan segala amalnya, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Hal itu akan memudarkan kecintaannya terhadap dunia dari hatinya, kemudian meninggalkannya dan akhirnya merasa cukup dengan kehidupan sederhana.

2. Merasakan bahawa dunia itu membuat hatinya terganggu dalam berhubungan dengan Allah SWT, dan menjadikannya merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, di mana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh, sebagaimana firman Allah SWT: “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At-Takaatsur: 6) Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.

3. Kenikmatan dunia hanya akan dicapai dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan masa, tenaga dan fikiran, dan kadang-kadang terpaksa bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tenteram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah SWT dengan sabar, ditambah dengan balasan baik di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan tentunya ia akan memilih yang lebih baik dan kekal.

4. Merenungkan ayat-ayat Al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainan dan kesia-siaan. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firmanNya: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (QS An-Naaziat: 37~39)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS Al-A’laa: 16-17)

Semua dalil-dalil, baik dari Al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW, mengingatkan seseorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.

Makam zuhud tidak dapat dicapai jika dalam hati seseorang masih terdapat rasa cinta kepada dunia, dan hasad dengki kepada manusia yang diberi kenikmatan duniawi. Ibn ‘Ata’illah pernah berkata: “Cukuplah kebodohan bagimu jika engkau hasad (dengki) kepada mereka yang diberi kenikmatan dunia. Namun, jika hatimu sibuk dengan memikirkan kenikmatan dunia yang diberikan kepada mereka, maka engkau lebih bodoh daripada mereka. Kerana mereka hanya disibukkan dengan kenikmatan yang mereka dapatkan, sedangkan engkau disibukkan dengan apa yang tidak engkau dapatkan.”

Inti dari zuhud adalah keteguhan jiwa, iaitu tidak merasa bahagia dengan kenikmatan dunia yang dinikmati, dan tidak bersedih dan putus asa atas kenikmatan dunia yang hilang atau tidak dapat dicapai.

Wallahua’lam.
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Who is Zint..?

Kali ni entry aku agak panjang skit..sebab aku nak wat review pasal seorang pelukis novel grafik yang paling aku minat dan membuat aku nak beli satu magazine ni sebab nak baca cerita dier je...hahaha...ape2 pun stakat ni aku telah mengumpul hampir semua karya novel grafik beliau...hahaha batak2..

Siapa zint?

Lu Wun Khang adalah seorang pelukis komik Malaysia yang lebih dikenali dengan nama penanya, Zint. Beliau mula dikenali ramai menerusi komik bersiri Under 18 yang disirikan di dalam majalah komik dwibulanan Gempak.
Antara karya beliau yang terkini ialah User di dalam majalah Gempak dan Kijiya di majalah Utopia.

Zint dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Ipoh, Perak. Beliau mendapat ijazah di dalam Rekaan Grafik dari Institute of Arts pada tahun 1995. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik selama tiga tahun. Pada tahun 1998, beliau menyertai Kumpulan Art Square sebagai seorang pelukis bebas dan terus bersama syarikat tersebut hingga ke hari ini.Antara karya beliau yang pertama ialah Daredevil 7 dan kemudiannya,beliau menyusul dengan karya baru yang berjudul Under I8.komik Under 18 telah berjaya menaikkan nama Zint di industri komik Malaysia.Selepas itu,beliau terus berkarya dan antara karyanya ialah Cheap Shot yang mengisahkan tentang sukan gusti,Carbon Kid komik strip pertama beliau,MFEO,K.O King,2 Dudes dan sebagainya.

antara novel grafik nya ...


















p/s: is all about passion and motivated

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Senarai syarikat yang menerima Voucher Buku 1 Malaysia RM 200


Senarai syarikat yang menerima Voucher Buku 1 Malaysia adalah seperti berikut SAHAJA :

1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti korang

sedikit info tentang voucher ..

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM20O.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sepah Juara MAHARAJA LAWAK ASTRO...


sesuatu yang tak di jangka ...sepah juara maharaja lawak untuk musim pertama kali ni..menewaskn kesemua juara rajalawak yang ada sebelum ni...perh mmg respek...itu yg membuktikan tiada benda yang mustahil kalau kita betul2 ikhlas dan jujur dalam apa jua yg kita buat...itu juga yg di lakukan oleh sepah...tidak pernah gunakan politik or undi kesian dan juga populariti...semua berlandaskan kesefahaman dan bakat yg mereka ada...konsistensi yg mereka ada membuktikan yg mereka tidak pernah main2 dalam kerja yg mereka buat...hardwork mereka yg membuatkan kita ketawa...dan tak pernah mengecewakan penonton....dan hasilnya..semua dapat lihat...RESPEK TO SEPAH...dan siapa yg tak puas hati ..cuba kaji balik kenapa mereka layak menjadi juara...maybe ada yg lebih kelakar bagi korang..tp hasil kerja siapa yg lebih memuaskan...bila tgk kepuasan dari muka dorang...aku pun terasa gembira jugak...walaupun dorang xde kene mengene pun dgn aku...hahaha...

ayat mamat masa menang raja lawak musim 3 kalau korang igt lagi....Mak ayah…orang tak dapat nak bagi mak ngn ayah segulung ijazah tapi orang dapat jadi juara pada malam ni

TAhniah sepah go on...korang leh ganti senario gua rasa...nanti kasi filem juta2...


THE MOMENT of the CHAMPIYON!


Detik2 masa nama pemenang hendak diumumkan
mamat dah jadi batu..syuib dah tak duduk diam...jepp cam redha je


setelah nama sepah di uumukan...
syuib cam terkejut...mamat cam nak melompat...jep cam xdgr haha..



selepas penonton menjerit...
mamat pegang kepala cam x caye...jepp sebak...syuib melutut...


selepas itu..nabil ngan yus melompat peluk mamat ngan jep...
syuib dah melutut kebawah


Penonton menjerit tanda setuju...!



masa ni mamat melompat ke bawah stage...


jep sebak sambil di tenang kan yus dan taukeh...



friend moment...sume berkumpul sambil berpeluk...mana mamat?


sementara itu mamat di tenang kan oleh crew dan dafi.....dafi?


aah la dafi....hehehe



mamat kembali ke atas stage dan terus di peluk nabil...
dan kalau korang perasan jepp terus sujud syukur...



jepp bangun dan terus ambil trofi
dan sebelum tu ada kamera tunjuk skit syuib sujud syukur
tak dapat nak tgk jelas ...cun gak awek tu..



jep ,syuib dan mamat melambai kepada peminat...
jepp senyum sempoi...cara dia senyum cam cakap"geng wa menang malam ni hehe"


jepp tarik johan tuk raikan bersama...





siti sarah pun nangis....

TU DIA muka kepuasan...thaniah sepah!
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Manchester united vs Chelsea : Man U Win the game

Man utd akhirnya berjaya menewaskan Chelsea...Kejutan goal awal oleh chicharito memberi tamparan hebat kepda chelsea apabila chicharito menyumbat goal pertama...seawal minit pertama hasil hantaran cantik park jin sung...dan beberapa minit selepas itu vidic pula menyumbat goal kedua hasil hantaran Ryan giggs...chelsea hanya berjaya menyumbat satu goal
oleh lampard pada babak kedua...kini Man utd 6 mata meninggalkan chelsea...Glory2 MAN U
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Manchester United Mara ke Final

Man.utd Menang besar ke atas Schalke dengan agregate 6 - 1 dengan menewaskan Schalke di gelanggang sendiri pada awal pagi tadi 4 - 1...goal jaringan Valencia,Gibson dan dua jaringan Anderson...Man.utd akan bertemu Barcelona di FInal nanti...
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Apa itu mimpi?



Mimpi..Apa itu mimpi..adakah aku seorang pemimpi..
adakah semua yang aku inginkan hanyalah mimpi...
aku masih hidup dalam mimpi agaknya..sampai aku tak
sedar realiti sudah jauh meninggalkan aku...mungkin
lebih baik begini dari aku sering tercalar dari mimpi
ngeri yg sentiasa menghantui aku...

jika mimpi lah satu2 nya cara untuk aku lupakan
semuanya..tidak salahkan untuk bermimpi?..

jika mimpi lah caranya untuk merasa secebis bahagia
tak salahkan untuk aku merasa?...

jika mimpi boleh memberi aku suntikan semangat..
tak salah kan jika aku terus bermimpi?...

mimpi juga anugerah tuhan...

tp aku tak boleh menipu diri sendiri...
MIMPI HANYALAH SEKADAR MIMPI...hmmm..

asal jiwang sangat ni...nak mampos pe...hahaha..

ni ade berapa info pasal mimpi aku dapat dari blog
friendster kat tenet...jom baca...tp dalam bahasa indon la...
takper la layan je la....





Mimpi adalah komunikasi antara tubuh, pikiran dan jiwa kita. Tau gak sebenernya sepanjang waktu kita bermimpi meski saat kita lagi bangun, cuma proses itu berlangsung di alam bawah sadar kita.

Berikut ini beberapa fakta menarik mengenai mimpi :

1. Orang Buta Jg Bermimpi
Orang yg terlahir buta dalam mimpinya memang tidak melihat “gambar-2” tapi mereka bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yg mereka rasakan. Memang sulit bagi orang normal untuk bisa memahami, tapi “keinginan” tubuh untuk tidur dan bermimpi sedemikian kuatnya sehingga bisa mengatasi segala macam hambatan fisik manusia.

2. Kamu Akan Lupa 90% Dari Mimpimu
Sekitar 5 menit setelah kamu terbangun kamu akan segera melupakan 50% dari mimpimu, 10 menit kemudian 90% “jalan cerita” mimpimu akan terlupakan.
Penulis puisi terkenal Samuel Taylor Coleridge pada suatu waktu terbangun setelah mendapatkan mimpi yg indah, dia lalu segera menuliskannya di kertas untuk menggambarkan mimpinya tadi, setelah menulis 54 baris tiba-2 ada orang yg datang kerumahnya. Setelah urusan dg orang itu selesai Samuel bermaksud menyelesaikan puisinya tadi, tapi dia tdk berhasil mengingat lagi mimpinya. Puisinya itu tidak pernah selesai.
Puisi yg tidak pernah terselesaikan itu berjudul “Kubla Khan” dan menjadi salah satu puisi paling terkenal di Inggris.
Robert Louis Stevenson ( penulis buku Doctor Jeckyll and Mr. Hyde ) dan Mary Shelley’s Frankenstein mendapatkan ide dari mimpi yg mereka alami.

3. Semua Orang Bermimpi
Semua orang bermimpi ( kecuali pada beberapa kasus penyakit jiwa parah ) tapi laki-2 dan perempuan mimpinya beda dan beda pula reaksi fisiknya. Cowo cenderung bermimpi tentang cowo lain sedangkan cewe mimpinya cenderung berimbang mimpiin soal cowo atau cewe lain.

4. Mimpi Mencegah Gangguan Emosi.
Pada penelitian mengenai tidur baru-2 ini, percobaan pada orang yg dibangunkan pada awal mimpi tapi tetap diperbolehkan tidur 8 jam sehari, setelah 3 hari menjadi kehilangan konsentrasi, gampang marah, halusinasi dan tanda-2 gangguan emosi lainnya. Jadi kamu jangan sering-2 begadang ngaskus dari malem subuh bisa sakit jiwa lama-2 lo entar

5. Rangsangan Dari Luar Mempengaruhi Mimpi Kita
Disebut “Dream Incorporation” dan kamu pasti udah pernah mengalami ini. Pernah mimpi gini, kita rasanya haus bgt trus kita minum sebotol air tapi bentar kemudian rasanya udah haus lagi… minum lagi… haus lagi begitu terus berulang dan akhirnya saat kita bangun kita baru sadar kalo kita emang lagi kehausan. Contoh yg lain adalah saat kita mimpi kebelet pipis

6. Saat Bermimpi Tubuhmu Akan Lumpuh
Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita gak bergerak-gerak mengikuti “alur cerita” mimpi kita. Banyangin aja kalo lo mimpi dikejar massa, kalo kaki lo gk lumpuh bisa-2 lu lari ke luar rumah dan dikirain maling beneran ama satpam. Ada hormon yg dihasilkan saat kita tidur yg membuat saraf mengirimkan pesan ke tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan lama-2 lumpuh.

7. Kita Hanya Memimpikan Apa Yg Kita Ketahui
Seringkali kita bermimpi berada di tempat yg asing dan ketemu dengan orang-orang yg gk kita kenal. Tapi sebenernya otak kita tidak asal menciptakan itu, sebenernya semua itu itu udah pernah kita liat cuma kita sendiri gak mampu untuk mengingatnya lagi.
Mungkin kamu pernah mimpi dikejar-kejar orang asing pakai golok yg mau bunuh kita tapi mungkin aja itu dalam kehidupan nyata orang itu adalah temen bokap kamu yang ketemu di mall waktu kamu masih umur 5 tahun !
Sepanjang hidup kita udah pernah melihat ratusan ribu wajah dan tempat, para ahli percaya kalo memori otak kita punya kemampuan yang luar biasa untuk merekam itu semua, jadi otak gk akan pernah kehabisan “aktor dan setting” yg akan direplay dalam mimpi kita!

8. Mimpi Itu Tidak Seperti Apa Yang Terlihat
Apa yg kita lihat dalam mimpi sebenernya merupakan simbolisasi dari hal lain. Otak kita tu kreatif bgt saat kita tidur, dia akan menggali database memori kita sedemikan dalamnya sampai sering kita sendiri takjub dengan mimpi aneh kita ( padahal semuanya sumbernya ya dari semua yg udah pernah kita alami sebelumnya). Bagaikan puisi mimpi itu merupakan penggambaran simbolisasi yg sangat dalam. Itulah sebab mengapa banyak orang yg tertarik dengan buku tafsir mimpi

9. Tidak Semua Orang Mimpinya Berwarna.
Menurut penelitian 12% orang normal mimpinya selalu hitam-putih lainnya mimpinya bisa full color (kaya tipi aja).

10. Kita juga cenderung mengalami mimpi dengan “tema” yg sama, yaitu:
* Mimpi di sekolah,
* Mimpi dikejar-kejar (ceritanya jadi maling )
* Mimpi lari dalam gerak lambat ato lari tapi gak maju-2 ( padahal ada kereta api mau lewat )
* Mimpi basah (mimpi paling seru )
* Mimpi datang telat (biasanya kalo musim ujian heheh)
* Mimpi bisa terbang
* Mimpi jatuh, mimpi gigi copot, mimpi gagal lulus ujian, mimpi kecelakaan, dan
* Mimpi ketemu orang yg udah mati

Gimana apa pernah mimpi kaya gituan semua kan ?

Tambahan Info Lagi :
1. Saat kamu ngorok kamu tidak sedang bermimpi.
2. Kalo kamu terbangun pada saat fase tidur mencapai tahap REM (Randon Eye Movement), seringkali mimpi kita akan terasa lebih nyata daripada kalo kita bangun setelah tidur pulas semalaman.
3. Bayi tidak bermimpi mengenai dirinya sampai sekitar umur 3 tahun. Tapi sejak umur 3 sampai 8 tahun mereka akan mendapatkan mimpi buruk yg jauh lebih sering daripada orang dewasa. Itu jadi jawaban dari kenapa anak kecil sering menangis sesaat setelah terbangun dr tidurnya.




p/s: Beranilah bermimpi...hidup tanpa mimpi umpama hidup tanpa cita-cita...walaupun korang selalu cakap...time korang dah berjaya ...aku x pernah bermimpi nak jadi camni...tp percayalah yg korang mesti terdetik kat hati untuk jadi macam tu dulu...cuba hidupkan mimpi...jangan hidup dalam mimpi...
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Osama Laden is dead ? Osama Laden Meninggal Dunia?



Gambar Osama Laden mati palsu


2 Mei 2011 dunia digemparkan dengan berita kematian pemimpin tertinggi Al Qaeda Osama Laden mati dibunuh di Pakistan dalam serangan selama 40 minit. Disertakan bersama gambar dipercayai Osama, tetapi gambar tu
sebenarnya sudah tersebar sejak 2 tahun lepas, gambar Osama Laden palsu yg diedit seperti orang kena serang teruk.
Tak tau le betul ke tidak berita yang disampaikan oleh Barack Obama, tapi semua warga US
sudah bergembira menyambut berita kematian Osama. Bagi mereka sudah terbalas dendam atas perbuatan Osama yang
dikatakan menjadi dalang dalam tragedi 11 September.

Ni gambar Osama Laden diedit yang menunjukkan dia cedera teruk di muka,



Gambar Osama kiri, ni diambil pada tahun 1998.

Betul ke Osama dah mati diserang di kubu persembunyiannya di Pakistan?

Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.

LAGI PERSOALAN KENAPA OSAMA DIKUBURKAN DI LAUT?

Belum jelas berita tentang pngkuburan Osama, dan persoalannya benarkah Osama dikebumikan di laut dan kenapa di laut? Adakah ini satu pembohongan terancang dari pihak US. Pihak US pun tak menjelaskan kenapa Osama dikebumikan di laut.

Amat pelik le, kalau Osama ni musuh no 1 US, kenapa tak ambil banyak bukti dan gambar , liputan besar besaran semasa mayat tu disemadi. Setakat pengumuman saja, orang percaya ke. Lagi lagi gambar yang ada cuma edit photoshop.



Berita dari AP:

Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan “utusan yang sangat dipercayai” Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.

Pasukan AS berjaya ke bangunan tiga tingkat itu selepas lebih empat tahun mengesan perutusan yang paling dipercayai Osama, yang pegawai-pegawai AS berkata berjaya dikenal pasti oleh lelaki-lelaki yang ditangkap selepas serangan 11 September 2001.

“Tahanan juga mengenal pasti lelaki ini sebagai antara beberapa perutusan Al-Qaeda dipercayai oleh Osama. Mereka membayangkan bahawa dia mungkin tinggal dengan atau dilindungi Osama,” kata seorang pegawai pentadbiran dalam taklimat kepada pemberita di sini hari ini.

“Kami nampak kawasan di mana dua beradik tinggal, kami terkejut dengan apa yang kami nampak… kawasan unik yang luar biasa,” kata pegawai itu.

“apa yang penting, analisis kami ialah kami mempunyai keyakinan cukup tinggi bahawa kawasan itu melindungi satu sasaran pengganas bernilai tinggi.

sumber- AP

WALLAHUALAM






SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

MANCHESTER UNITED VS ARSENAL : MANCHESTER TEWAS 1 - 0

kecewa...kecewa dan kecewa....
Arsenal berjaya menewas kan Man utd di gelanggangnya sendiri
dengan menang tipis 1-0 ke atas Man utd...goal jaringan Ramsey pada separuh masa kedua
menyukarkan lagi perjalanan Man utd untuk mengangkat takhta EPL pada musim ini...
perlawanan Man utd pada babak pertama nampak perlahan..mungkin mereka agak yakin
pada mulanya untuk menundukan arsenal atau sedikit gugup kerana bermain di tempat lawan..
arsenal pada babak pertama nampak lebih garang..dengan membuat dua tiga percubaan
berbahaya kepada Man utd...Pada babak kedua selepas Arsenal berjaya menyumbat goal pertama hasil jaringan Ramsey yang menewaskan Van der sar..Man utd nampak lebih tertekan
dengan cuba mengasak untuk mendapatkan goal penyamaan....beberapa kad kuning di layangkan kepada kedua-dua pasukan....Man utd 0 - 1 Arsenal....

p/s: Penentuan nanti Man utd vs Chelsea minggu depan..
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kebaikan Tidur



Tido? tido sesuatu yg sangat best...bayangkan kalau hidup ni takde tido..
keje nak menjaga je...aku rasa tak sampai seminggu..gejala bunuh diri mmg
meningkat mendadak...tido lah satu2 nya cara nak rehat spenuhnya,
menghilangkan stress...nak lupakan apa2 yang jadi hari ni...n satu penghabisan
untuk memulakan hari esok...pernah tak korang rasa yang korang dah wat sesuatu
yang pada hari tu korang rasa itu lah bende yang betul or terbaik ...tp
biler korang dah tido...esok nye korang bangun.. korang rasa...ape ke bangang
aku wat semalam..? hahaha...tp yg penting jangan ar menyesal dengan benda yang
dah jadi...benda dh jadi takkan leh ubah...korang kene start balik bila korang
dah terjaga dari tidur..or jalan mudah korang tidur selamanya atau
dengan kata mudah pergi mati...haha..tp bukan pasal tu aku nak post
sebenarnye...aku just tertanye-tanye apakah kebaikan tidur?...selain
benda2 yang aku cakap kat atas...apa lagi kebaikan dia?...

tengah dok search2 aku tak berapa nak jumpe ape kebaikan tidur...
banyak aku dapat kebaikan tidur siang je...yg pasal tidur sahaja pun
aku just jumpe antara kebaikan dia

1.Meningkatkan keupayaan untuk melawan jangkitan
2.Mengekalkan jantung yang sihat
3.Mengurangkan stress
4.Menguatkan ingatan
5.Mengurangkan gangguan perasaan


n ada satu petikan dari berita harian edisi 5 mei 2008(lama giler dah tu)..
dia ada post tentang kebaikan tidur lebih dari enam jam...



p/s: tu jer la post untuk hari ni...bila dah baca sume ni...terasa cam nak tido la plak...zzzzZZZ
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Manchester United Selangkah Ke Final


Man utd menang semalam dalam 1st leg semi-final lawan schalke 04 2-0..jaringan Ryan Giggs pada minit ke 67 dan Wayne Rooney hasil hantaran kemas Hernandes Chicharito pada minit ke 69....Walaupun bermain di tempat lawan dengan puluhan ribu penyokong Schalke 04 tetapi Man utd nampak gah mengawal permainan dari separuh masa pertama sehingga wisel penamat separuh masa kedua...banyak peluang2 di cipta oleh Chicharito dan Ryan Giggs pada separuh masa pertama...tetapi pada minit ke 84 Chicharito dan Park jin sung di keluar dan diganti oleh Scholes dan Anderson..dan selepas itu Rooney di keluar kan di ganti dengan Nani...dan Man utd bermain secara defensive sehingga wisel penamat...Rooney sedikit kecewa kerana Man utd mampu meyumbat lebih banyak goal untuk di bawa bekal ke 2nd leg di old trafford nanti..walaubagaimanapun Pemainan Man utd kali ini nampak kemas dengan kedua-dua pasukan bermain secara bersih...tiada insiden2 buruk berlaku...dan pada wisel penamat kedua senior yg di hormati kedua-dua pasukan iaitu Giggs dan Raul Gonzales bertukar jersey antara satu sama lain....Man Utd 2 - 0 Schalke 04





SHARE SHARE SHARE