7 Keajaiban Kuno Dunia. | Killjols 7 Keajaiban Kuno Dunia. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

7 Keajaiban Kuno Dunia.

1. Piramid Giza


Pada dasarnya keajaiban dunia ini adalah yang tertua dan jangka hayatnya lebih kurang 2584 SM sehingga kini, ini bermakna ia berusia lebih 4500 tahun. Terletak di Mesir , kebanyakan individu belajar mengenai keajaiban ini di sekolah , tetapi di sini terdapat beberapa fakta yang menyeronokkan mengenainya. Tiada siapa yang tahu bagaimana pembinaannya. Pembinaan piramid ini mengambil masa dalam 10-30 tahun. Ketinggiannya 139 meter dan mempunya 2,300,000 blok. 

2. Taman Tergantung Babylon


Walaupun ianya salah satu keajaiban dunia, namun tiada siapa tahu lokasi sebenar taman ini. Ramai yang mempercayai ianya hanya gambaran didalam puisi sahaja dan mungkin tidak wujud.

3. Kuil Artemis


Ini adalah sebuah kuil Yunani yang indah , dibina di Turki sebagai penghormatan kepada dewi Artemis. Ia telah dimusnahkan sebanyak 3 kali iaitu ketika banjir, kebakaran dan oleh bangsa Goth Jerman. Ia wujud kira-kira 800 tahun yang lalu. Kemusnahan seterusnya adalah oleh seseorag yang bernama Herostratus, selepas dia memusnahkan kuil tersebut, sesiapa yang menyebut namanya akan dijatuhi hukuman mati.

4. Tugu Zeus di Olympia


Ianya bertahan lebih kurang 885 tahun dan terletak di Greece, tiada siapa yang tahu apa yang jadi kepadanya. Tiada rekod siapa yang mengambilnya, dimana dia dan bagaimana ianya  dimusnahkan.

5. Mausoleum (Makam) di Halicarnassus


Apakah "Mausoleum" dan dimanakah "Halicarnassus". "Mausoleum" adalah sebuah makam kubur dan Halicarnassus adalah lokasi di Empayar Parsi. Dan tiada yang keistimewaan dan hanyalah sebuah makam kubur.

6. Colossus of Rhodes


Tugu ini lebih kurang 30 meter, dan bagi memperingati kemenangan ke atas Cyprus. Ianya merupakan patung buatan manusia yang terbesar didunia. Ia telah hidup selama 900 tahun dan dimusnahkan oleh gempa bumi.

7. Rumah Api Alexandria


Ianya telah dibina sejak 1700 tahun sebelum dimusnahkan oleh gempa bumi. Ketinggiannya lebih kurang 110 meter.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment