Killjols Killjols: poem
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Muharikah - Sajak Palestin Itu Jauh Dari Kita

Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak

Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian

putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...

pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...

Siapakah kita berbanding mereka?

Sajak: Muharikah
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Pengulangan



Bab I
Aku berjalan di kaki lima.
terdapat lubang yang dalam
aku terjatuh
aku hilang arah . tiada pertolongan .
ia bukan salah aku .
ia mengambil masa lama untuk mencari jalan keluar.

Bab II
Aku berjalan di jalan yang sama
terdapat lubang yang dalam.
aku berpura tidak pernah melihatnya.
tapi aku jatuh lagi .
aku tidak percaya apa yang terjadi.
aku jatuh di tempat yang sama.
tetapi ia masih bukan salah aku.
ia masih megambil masa yang lama untuk aku keluar.

Bab III
Aku berjalan di jalan yang sama
terdapat lubang di kaki lama.
aku tidak berpura lagi . aku nampak .
ia di sana.
aku masih terjatuh . seperti menjadi tabiat.
mata aku terbuka. aku tau aku berada di mana.
ia adalah satu kesilapan . silap aku .
aku keluar dengan cepat.

Bab IV
aku berjalan di jalan yang sama
ada lubang yang dalam di kaki lima..
aku berjalan mengelak dari nya.

Bab Akhir
Aku berjalan di jalan yang lain.

"Kegilaan:. Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza" -Albert Einstein

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Mahathir - Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

– Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Doa

Doa
kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Impian Aku sedang Tidur

Aku ada impian,
aku ada impian,
impian aku sedang tidur,
penat.berehat.

jangan cuba bangunkan,
nyata kau tak punya kuasa,
bukan kau pengejutnya.

aku ada impian.
aku ada impian.
impian aku sedang nazak.
sendu. rabak.

lelah tak bijak bernafas,
sedut nyawa pujuk belas,
kerana dunia memupuk sial.
mari berangkat ke syurga.
tampar balas dunia yang menampar kita.
sombong benar,bodoh.

kita haram tak terkesan,
kerana bukan dahi yang terkena.
candu kau bukan canduku.

- Bogel menuju Tuhan -
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Pasar Ahad



Satu perkara yang kau takkan pernah fahami
aku kesini bukan kerana wang .
aku senang di sini..
disini aku ketawa
disni aku tersenyum ..
aku rasa keikhlasan hati aku hidup disini ..

dikelilingi manusia yang mencari keperluan
dari sisa-sisa sang kaya ..
aku lihat mereka gembira ..
mendapat apa yang mereka patut dapat juga ..

disini aku rasa peningkatan
disini aku rasa penggerakan .
disini otak aku berfikir luas.
dari disempit ideologi kesenangan .

aku rasa kau takkan pernah faham
aku mencari ..
aku cari apa itu alasan
untuk aku keluar..
keluar dari kepompong aku ..
kepompong kemalasan
kepompong yang kau katakan kesyukuran .

Sampai masa aku susah nanti..
aku harap aku sudah bina Saham pertolongan ..
dari manusia yang tak pernah kenal nama aku ..


SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Aku yang Tercela

Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,
pertama kali ketika aku melihatnya lemah,
padahal seharusnya ia bisa kuat.

Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongket
dihadapan orang yang lumpuh

Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudah
ia memilih yang mudah

Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri
dengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan

Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar

Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah buruk
padahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia
pakai

Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai
suatu yang bermanfaat

 Kahlil Gibran
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

LAYU


Sesungguhnya,
Tidak ada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dihina.
– puisi dari Tun Mahathir


Aku lihat LAYU dalam melayu,

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak,
Ada juga bercadang bertanya tuan empunya ,
Tapi bercampur risau dan tak tergamak,
Nanti di kata tak bersyukur, di kata tak sedar diri,
Jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui,
Yang kita sendiri membiarkan Bunga Raya melayu ke kanan,
Dan dibiarkan bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam melayu,
Tanahair kita yang punya,
Kita siram, kita baja,
Tapi angin api kita lupa,
Mereka merancang masa, menjilat bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
Kita lupa, nenek moyang kaya-raya,
Jangan sekali digadai harta-bendanya,

Ku lihat layu dalam melayu, …3x

Takkan melayu hilang di dunia,
YA! tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa,
Petah berbahasa, kudrat tak berjasa,
Orang berbudi, kita hanya tahu merasa.

Selalu lari bila dirapat,
Selalu malu bila soalan diaju,
Selalu segan memberi pendapat,
Rela mengikut jari peneraju.

Belum menyanyi dah bersorak,
Suka berjanji dalam borak,
Bukan kata tiada otak,
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam melayu. …3x

Aku jadi sayu,
Bunga menangis dia mendayu,
Mahu jadi cantik, tetap diragu,
Aku merayu,
Bangunlah semula hidup kembali,
Jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai,
Perjuangan kita belum selesai…… 3x


Perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya…….
– puisi dari Tun Mahathir
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Bandar jadian

Seperti hari yang lain
tapi kali ini aku bermula dari tebing sungai lama ini.
sungai yang kotor ini. aku lihat sampah-sampah ini.
segalanya bagai menambah dengan sendirinya.
Sebenarnya semua yang bernafas disini sedar
akan semua termasuk aku.

sejarah masa.
tempat permainan aku dulu.
ia telah menjadi dunia aku.
seluruh hidup aku.
aku dibesar disini.

dari tanah merah itu
didirikan tapak perumahan.
dari palong besar itu
didirikan longkang air cetek hitam.
dan dari situ aku kenal akan spesis-spesis
ikan liar tak bertuan.

ada anak sakai menyeluk lubang terbiar
dari tebing. aku sangka yang keluar ular
rupanya si talapia. bagaimana dia tahu
ada si talap itu...sampai sekarang aku tak tahu.
persoalan yang tinggal hanya lubang paip pengeluar sisa.

berganjak aku ke atas rumah bukit kayu.
aku pernah masuk...sunyi yang ada sarang labah-labah.
tapi sekarang rumah bandung mewah bertingkat.

dari sarang wak-wak ke jambatan konkrit.
dari sungai berlekuk ke sistem parit besi.

bosan. aku jerit dah tak menyahut.
aku laung tak melantun.


dihujung ini ada satu tanah yang maha luas.
aku pasti tiada siapa yang sanggup pergi ke hujung
sana. sebab tiada siapa yang menanti.
mungkin ada harimau lapar di balik kelapa sawit.
dan tiada siapa peduli.

kini ia sebuah bandar. penuh jalan lurus.
penuh kedai. penuh usahawan.
penuh idea. penuh persatuan. penuh
bangsawan.

dan aku teruskan hidup di bandar jadian ini...

seperti hari yang lain..


SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Terjemahan Puisi Kubla Khan

Puisi terkenal dari Samuel Taylor Coleridge, adalah puisi yang di ilhamkan dari mimpi beliau. Beliau telah mengalami satu mimpi yang aneh dan apabila bangun dari tidurnya, beliau terus menulis sebuah puisi tentang mimpi itu, ketika beliau asyik menulis puisi akan mimpi beliau, beliau telah di ganggu oleh seseorang dari porlock(nama tempat). Dan sekembalinya dari itu, beliau ingin meneruskan penulisan beliau tetapi beliau telah lupa akan mimpi itu. Puisi ini disimpan dan tidak di terbitkan sehingga lah pada tahun 1816, puisi ini telah di terbitkan oleh George Gordon Byron.
Di Xanadu Kubla Khan 
Menyuruh bangun kubah dan taman sari;
Di situ mengalir Alph, sungai suci
Lewat gua luas, tak terbayang oleh manusia,
Ke arah laut tanpa cahaya
Maka dua kali lima mil tanah subur
Dipagar tembok dan menara:
Dan ada taman dengan air bersinar berliku-liku,

Penuh pohon berbau narwastu,
Dan ada hutan setua bukit-bukit,
Yang merangkul perdu dalam cahaya mentari.
Aduhai, jurang dalam romantis yang menukik
Ke bawah di bukit hijau melintas gerombol cemara!
Tempat liar, paling suci dan mempesona
Yang pernah ada di bawah bulan menyusut
Dikunjungi perempuan yang meratapi kekasih siluman!
Dan dari ngarai ini dengan golak didih tak henti,
Seakan bumi ini cepat bernapas tersengal-sengal,
Air mancur dahsyat terdesak berkali-kali:
Di tengah letusan cepat setengah terputus
Kepingan besar melambung bagai batu terpantul,
Atau gabah terlontar oleh hempasan penumbuk:
Dan di tengah batu berloncatan tiba-tiba dan selalu
Sungai suci tersembul setiap waktu.
Lima mil berkelok dengan gerak berliku-liku
Sungai suci mengalir melintas hutan dan lembah;
Lalu sampai di gua tak terbayang oleh manusia,
Dan tenggelam gemuruh dalam samudra tanpa kehidupan:
Dan di tengah gemuruh Kubla mendengar dari jauh
Suara nenek moyang ramalkan perang!

Bayangkan kubah megah
Mengambang di tengah gelombang;
Terdengar irama berbaur
Air mancur dan gua-gua.

Sungguh keajaiban yang jarang direka,
Kubah kesukaan disinari mentari, dihias gua es!

Seorang putri memegang kecapi
Kulihat dalam mimpi:
Dara dari Abesinia,
Memainkan kecapi,
Menyanyikan gunung Abora.
Andaikan dapat kuingat kembali
Simfoni dan nyanyiannya,
Aku akan merasakan bahagia,

Dengan musik nyaring dan menggema,
'Kan kubangun kubah itu di angkasa,
Kubah bercahya! gua-gua es!
Dan semua yang mendengar akan melihatnya,
Dan semua akan berseru, Berhati-hatilah!
Matanya yang berbinar, rambutnya yang ikal!
Kalangilah dirinya tiga kali,
Dan pejamlah matamu dengan takut-ngeri
Karena makanannya embun-madu

Dan minumannya susu dari sorga.
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

2013 (forgive but not forget)


NOTA :Jatuh bangun aku dalam setahun
tak terkira rasa nya perit akan jari yang mengira ..
deru dendam mengajar akan rasa kasih sayang antara manusia,
dan tentang hati yang sentiasa berbolak balik sifatnya..
dalam terang mencari yang haq..akan zarah-zarah rahsia
ciptaan tuhan yang tak tergambar dengan panca indera
mau pun dalam zahir atau bathin yang langsung
tak tercapai akal untuk melihat dan memikirkan nya..
dalam setahun itu juga masa mengajar aku tentang
budi, budi yg memberi sentiasa mengharap pembalasan.
orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa.
bertapa sakit nya pengharapan bila kita meminta budi itu
di hargai..jadi aku belajar untuk ikhlas dalam apa jua yang
kerana keihklasan dalam pemberian sebenarnya di balas
dengan ketenangan..dan ketenangan jiwa tiada manusia
yang dapat memberi nya dengan izin tuhan...dan biar lah
rasa memberi itu memberi keseronokan dan kepuasan...

begitu juga akan hati yang disakiti..aku belajar untuk menerima..
menerima akan apa yang aku dapat...mungkin aku layak untuk
disakiti atau aku di ajar untuk menerima kesakitan yang di beri
sebagai satu pengalaman untuk yang akan datang...kerana ada
manusia yang mencari kebahagian diatas penderitaan seseorang..
dan orang seperti ini tidak akan mendapat kebahagiaan melainkan
dia mencari seseorang untuk di sakiti...malang sungguh hati mereka
mendapat tuan yang mengajar hati nya untuk menjalani hidup yang
tertekan...jadi aku belajar dari mereka supaya tidak menjadi seperti
mereka...

aku juga sedang belajar untuk memaafkan ...tiada cara lain untuk
mendapat ketenangan melainkan dengan memaafkan...walau
ia langsung tidak berhak untuk dimaafkan....tetapi aku belajar
juga memaafkan kerana salah satu cara menyelesaikan
perkara yang sukar untuk diselesai kan adalah dengan memaafkan...
dan berdoa agar ada yang memahami...dan merasai...tapi aku
takkan melupakan nya..kerana aku punya memori...dalam
cakera otak ku yang sukar untuk dipadam atau "di-format kembali"


SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

untitled #1



Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan

Jika mengalir menjadi jernih jika tidak kan keruh menggenang

Singa tak akan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang

Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran



Jika saja matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman

Orang-orang tidak akan menunggu saat munculnya datang


-imam syafie-


SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Jambatan



hari ini tak seperti hari yang lain
petang ini tak sama seperti petang yang lain..
langit berguruh , awan memurung.
deras mengalir air bising mememekak.

kocak air dari lori dan tanah .
tempias merimas...

dari awan yang hitam hingga jalan yang legam.
sepasang mata kuning menderu deras
tanpa menghirau tangisan ilahi..

dan nasib sang "rider" masih
bersandar di bawah jambatan ini..
menunggu matahari menyinar kembali..


"tak mengapa itu rahmat"
suara si tua mencelah..

pandai kau pujuk aku...


-cyberjaya-





SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Menari didalam Hujan


hari2 yang aku membuka mata dan berdiri
adalah hari yang terbaik..
itu yang aku sering katakan..
dan aku bersyukur atas kesihatan ini..

jika ada yang bertanya...apa khabar kau pada hari ini?
aku akan menjawab ..."khabar yang baik"
kerana aku berkata itu..untuk menjadi seperti itu
dan berusaha hingga menjadi itu...
terima kasih kerana aku bisa masih memilih..

dan bila hidup memberi aku awan yang hitam dan hujan..
aku menghargai akan kelembapan itu 
yang melembutkan rambutku yang kasar..

dan apabila hidup memberi aku sinar..
aku mendongak tinggi..
sehingga merasa kehangatan di pipi..

dan bila hidup memberi kabus tebal..
aku memeluk tubuhku..
dan memberi ucap tahniah
kerana aku bisa merasa kelainan 
pada hari yang nampak berbeda..

dan bila langit memberi salji..
aku melontarkan berbola salji
dan menangkapnya kembali...
ku jelir lidah ku agar dapat aku 
rasa kebekuan dan keajaiban berais itu..

kerana itu adalah pengalaman hidup..
seperti cuaca..
mereka datang dan pergi..
tidak kira apa jalan yang aku pilih...

jadi apa yang sukarnya..
aku boleh memilih untuk menikmatinya..
sedalam-dalam nya...untuk setiap masa..
di bawah payung syurga...

setiap musim yang memberi rahmatnya
sendiri...

dan aku ucapkan terima kasih pada hari yang
berlalu....

hidup ini bukan hanya semata menunggu ribut untuk pergi...
ia tentang belajar untuk menari di dalam hujan....
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Mega Lara



Menyusur jalan
Arah ke lubuk pencarian
Membubut masa
Yang ingatnya ada henti
Padahal tiada habis

Mengisi ruang usia
Berhempas pulas
Mencari kelimpahan
Atas nama kehidupan

Belajar kesulitan
Agar lebih tahu rasa syukur
Inginnya hidup bersadur kemewahan
Tapi seakan masih samar

Yang bertahan
Terus menepis pesimistik
Yang bila singgah
Boleh pincang penghidupan

Pasrah akan anugerah Tuhan
Tapi bukan menyerah
Lalu dicipta mimpi dalam nyata
Buat sembuh perit jerih
Mengharap biar penghujungnya
Ada coret indah...

credit : Roha idah aka Tengkurax

p/s: aku rindu puisi2 dari ko tengkurax 
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Orange Horizon


On the distant orange horizon
blows today wind past the dawn
since i couldn't sleep i watched the morning
no one can stop this passion
hope, frustration, various thing happen
but for now its best if we climb up from zero
one day we saw only our dream
pursuing our aspiration
if we reach our hands high
and always embrace the sun
which will never dishearten us
we'll certainly make it to that place


SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Masih Khayal


bebas tak berantai ,hidup tak bertuan 
tiada tujuan, tiada tumpuan
 tidak berwang tetap tak meminta
 pejamkan mata raba pelita dalam gelita
 baranya jangan dihembus,simpan dalam hati 
kenapa cuma bila khayal kita berani mati 
mau jadi jaguh lena dalam perang \
sembunyi dalam gelap lari bila terang 
bersependapat walau tak bersependapatan 
culik jasad,perampas tunggu pampasan
 lidah hasad tergolek dek ketangkasan 
berasaskan firasat,jangan bahaskan 
budak belasahan,nah kau rasakan
 asakan asli pasti,
masakan pajakan pajak hipokrasi klasik,pacakkan metafora flora,pola yang hanya tumbuh digelora
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Puisi Cinta


Cinta umpama terjun dari kapal terbang..
kita terjun dan berdoa...
yang bertuah akan kekal...
yang lain akan jatuh...

Cinta umpama ribut taufan..
kau tahu ia akan datang...
kau rasa kau bisa melawannya..
dia atas segala tindakkannya..

tapi Cinta maya ini bak sebuah pentas..
diletaknya skrip pementasan yg terbaik...
dan biar semua orang ketahui nya...adalah yg terbaik..



dan hidup ini seperti mimpi...
siapakah yang bermimpi?
dan siapa pula yang akan
bangun .......dengan jeritan...


p/s: Puisi cinta ke ni? gahahaha

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Pelakon Kepelbagaian


tanpa merasai kesedihan,
mana mampu mengerti,
merasa kegembiraan yang sebenar,

tanpa luka,
mana tahu erti bahagia

tanpa menangis,
mana tahu rasa sakit

tanpa dicaci,
mane tahu merasa kepedihan hati.

tanpa pertemuan,
mana tahu erti perpisahan.

tanpa menerima,
mane tahu erti memberi.

tanpa derita,
mane tahu erti kesiksaan.

tanpa kegelapan,
mane tahu erti cahaya.

tanpa kasih sayang,
mane tahu erti cinta.

tanpa kemiskinan,
mane tahu erti kesusahan.

tanpa kematian,
mane tahu erti kehilangan.

dengan kekayaan,
mane tahu erti belas kasihan.

dengan kemuliaan hati,
mane tahu berbohong.

dengan sikap tamak haloba,
mane tahu berkongsi,
mane tahu erti memberi.

dengan kesenangan melimpah,
mane tahu erti kesengsaraan,
mana tahu erti kesusahan.

dengan berlaku curang,
mane tahu erti kesetiaan,
mana reti bicara hati budi.

dengan didikan agama secukupnya,
mana tahu erti kejahilan dunia.

dengan kesederhanaan,
mana tahu erti mementingkan diri,
mane tahu erti tunjuk lagak.

dengan ketulusan,
mana tahu erti pengkhianatan.

dengan berkasar,
mana tahu melindungi perasaan hati orang.

dengan menghina orang,
mana tahu erti kelemahan diri.

dengan melukai,
mana tahu erti menghargai.

dengan harapan,
mana tahu erti kehampaan.


SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sampai mati



Kalau kau pernah takut mati… sama…
Kalau kau pernah patah hati… aku… juga… iya
Dan sering kali sial datang dan pergi…
Tan…pa permisi… kepadamu…

Suasana hati… tak peduli…
Kalau kau kejar mimpimu… salut
Kalau kau ingin berhenti… ingat ‘tuk mulai lagi…
Tetap semangat … dan teguhkan hati…

Di… setiap hari… sampai nanti… sampai mati…
Kadang… memang… cinta yang terbagi…
Kadang… memang… sering… kali… mimpi tak terpenuhi…
Sering kali…

Tetap semangat … dan teguhkan hati…
Di… setiap hari… sampai nanti…
Tetap melangkah… dan keraskan hati…
Di… setiap hari… sampai nanti… sampai nanti… sampai mati…
SHARE SHARE SHARE