9 Kemahiran Pengurusan Kewangan. | Killjols 9 Kemahiran Pengurusan Kewangan. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

9 Kemahiran Pengurusan Kewangan.

Kemahiran pengurusan kewangan dengan betul harus diberi kepada pelajar sebelum mereka tamat persekolahan. Kebanyakan pelajar termasuklah pelajar lepasan ijazah tidak mengetahui bagaimanana cara mengurus kewangan mereka dengan baik. Lebih menyedihkan ibu bapa jugak tidak membantu anak-anak mereka dalam hal ini. Ianya berkemungkinan disebabkan mereka malu dengan keadaan mereka atau mereka sendiri tidak cukup pengetahuan untuk memberi tunjuk ajar. Berikut adalah 9 perkara setiap pelajar sekolah tinggi perlu tahu mengenai pengurusan kewangan sebelum tamat pengajian.

Imbangi buku akaun.

Ia mungkin kelihatan kuno, terutama sekali dengan perisian yang sedia ada yang dapat membantu anda tetapi ia adalah satu kemahiran yang sangat penting. Anda tidak boleh terlalu bergantung dengan dengan jumlah baki akaun yang diberikan oleh mesin ATM atau pihak-pihak bank kepada anda. Anda seharusnya belajar bagi memudahkan anda untuk menguruskan kewangan pada masa hadapan. Setiap orang harus mengimbangi akaun mereka setiap bulan.


Penyediaan Belanjawan.

Kunci untuk berjaya dalam pengurusan kewangan adalah Belanjawan. Jika anda tidak tahu berapa banyak yang anda akan simpan di dalam bank dan berapa banyak yang anda akan belanjakan setiap bulan, ia akan mengakibatkan akaun anda berkurangan disebabkan tiada pengurusan yang baik. Anda seharusnya belajar cara untuk membuat perancangan bajet yang realistik dan rancang masa depan dengan baik dapat membantu anda di masa hadapan kelak.

Bayaran yuran pengajian.

Kebanyakan pelajar menganggap cara untuk membayar yuran pengajian adalah dengan menggunakan pinjaman pelajar. Namun, terdapat pilihan lain yang boleh mereka pilih termasuklah bantuan kewangan, biasiswa atau dengan bekerja.

Keperluan asas, barang dapur dan keperluan lain.

Walaupun perkara-perkara ini mungkin tidak kelihatan berkaitan dengan kewangan, namun kemahiran memasak dan kemahiran lain dapat membantu kita menjimatkan wang. Anda seharusnya memastikan anda mempunyai kemahiran-kemahiran ini untuk membantu anda mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah. Kemahiran membasuh pakaian, memilih pakaian juga salah satu kemahiran yang perlu anda mahir. Kemahiran ini membantu anda mendapatkan pakaian yang tahan lama dan berpatutan dengan anda.

Pelaburan asas.

Kemahiran pelaburan asas mampu membuat satu perbezaan yang besara terhadap bagaimana anda mengendalikan wang anda ketika pengajian dan selepas anda tamat pengajian. Pelaburan boleh merugikan sekiranya anda tidak memahami bagaimana pelaburan ini berlaku. Terdapat pelbagai program yang sesuai untuk pelajar sekolah tinggi yang membolehkan mereka untuk melabur dan memerhatikan bagaiman pelaburan itu berlaku.

Perancangan jangka masa panjang.

Dengan memahami keperluan perancangan jangka panjang ini anda akan dapat mengawal kewangan anda. Jika anda memahami objektif perancangan ini ketika masih disekolah tinggi lagi, anda akan berjaya mengawal kewangan anda di masa hadapan.

Kawal perbelanjaan kredit.

Ianya penting untuk bekerja dan kawal perbelanjaan kredit anda supaya anda tahu bila masa yang sesuai untuk buat perjanjian kewangan. Dengan mempelajari kawalan pembayaran anda, ianya dapat membantu anda mengurangkan hutang dan membayar tepat pada masanya. Dengan menguruskan kredit anda dari masa ke semasa ia dapat membantu anda dalam perancangan jangka masa panjang.

Pengurusan kad kredit.

Kad kredit adalah merupakan satu masalah besar bagi pelajar dan orang dewasa. Mereka melihat kad kredit sebagai duit tambahan berbanding sebagai satu alat. Kad kredit ada baik dan buruknya, tetapi bergantung kepada bagaimana anda menggunakannya. Penting untuk anda sentiasa bayar penuh dan tepat pada masanya.

Tempat tinggal dan bayaran utiliti.

Kebanyakkan pelajar kolej akan diberikan asrama ini bermakna mereka tidak perlu risau kerana untuk tahun pertama. Walaubagaimanapun, asrama kolej selalunya lebih mahal berbanding tinggal di luar kampus. Jadi ianya penting untuk anda tahu bagaimana untuk mengawal sewa dan bil-bil. Seeloknya dibahagi sama rata dengan rakan sebilik anda. Ianya penting untuk tahu bagaimana untuk melindungi diri anda dari ketidakadilan.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment