Memilih Lokasi Untuk Perniagaan Anda. | Killjols Memilih Lokasi Untuk Perniagaan Anda. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Memilih Lokasi Untuk Perniagaan Anda.


Salah satu konsep asas yang diajar dalam hampir semua kursus pengenalan pemasaran adalah: Harga, produk, promosi dan tempat. "Tempat" merujuk kepada pengagihan, iaitu tempat di mana pelanggan anfa menilai dan menerima produk atau perkhidmatan anda. Namun ianya tidak penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara atas-talian. Tetapi ianya penting untuk peniaga restoran, peruncit dan peniaga yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Ironinya, "tempat" merupakan antara yang penting tetapi sering diabaikan oleh usawahan.

  • Lokasi bukan sekadar memilih bangunan. Bagi anda memulakan perniaagan di bandar anda sendiri mungking lebih mudah. Tetapi kita harus mempertimbangkan dengan gambaran yang lebih luas:


Negeri - Cukai pendapatan dan cukai jualan amat berbeza antara negeri, seperti yang terdapat didalam syarat keperluan. Adakah negeri anda menggalakkan keusahawanan? Terhadap jenis perniagaan yang akan dijalankan? Sekarang adalah masa untuk anda pertimbangkan adakah mustahil untuk anda buka perniagaan anda ni negeri berdekatan anda?

Bandar - Sewa dan kos-kos lain, ketersediaan buruh, cukai, peraturan dan insentif ekonomi dari kerajaan juga berbeza-beza dari antara bandar. Atau mungkin bandar kecil adalah tempat yang sesuai untuk perniagaan anda.

Sebahagian dari bandar - Apakah jenis perjalanan yang terlibat?Adakah sebahagian dari bandar ini selari dengan imej perniagaan anda? Sewa adalah sangat berbeza mengikut lokasi.

Lokasi yang berkait dengan jalan, tempat letak kereta dan perniagaan lain - Adakah anda mahu perniagaan anda mudah untuk dicari atau tidak, atau mudah untuk diakses oleh penjalan kaki dan pengangkutan lain? Adakah dekat dengan peniaga lain yang membantu perniagaan anda? Sebagai contoh, kedai barangan sukan dan kedai makanan kesihatan sangat bersesuaian sekiranya dijalankan bersebelahan gimnasium.

Jenis lokasi - Adakah anda memerlukan ruang pejabat, runcit atau gudang? Secara amnya runcit adalah yang paling mahal.

  • Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih lokasi untuk perniagaan anda. Walaupun kos adalah yang paling utama untuk difikirkan, namun lokasi jugak banyak yang perlu dipertimbangkan. Adakah lokasi anda penting untuk....


Anda? - Ruang untuk anda bekerja, atau ia tidak akan memberi kesan. Ingat, anda adalah salah seorang yang akan bekerja disana setiap hari.

Pelanggan anda? - Ia juga mestilah memudahkan pelanggan anda, atau ia tidak akan berkesan. Tiada pelanggan =  tiada perniagaan.

Pekerja anda? -  Isu ini mungkin tidak penting untuk permulaan, terutama sekali ketika anda tidak mempunyai pekerja lagi. Tetapi keupayaan untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang baik adalah kesan dari lokasi anda.

Rakan kongsi strategik? - Walaupun ia kelihatan seperti bukan isu penting, tetapi realitinya perkongsian strategik akan lebih mudah apabila rakan-rakan kongsi anda berdekatan dengan perniagaan anda.

Bakal pelabur atau pembeli? - Anda mungkin tidak terfikirkan tentang itu lagi, tetapi pelabur yang berpotensi akan melihat nilai jangka masa panjang terhadap sesuatu perniagaan dan melihat lokasi sebagai faktor yang penting.

  • Antara faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan:


Kos - Faktor paling jelas, adakah anda mampu? Pertimbangkan sama ada pelanggan dan pekerja anda mampu atau tidak. Sebagai contoh, adakah tempat letak kereta percuma atau terlalu mahal? Adakah sewa penyebab anda terpaksa menaikkan harga barangan anda? Ianya bukan sesuatu yang buruk, tetapi harus dipertimbangkan. Bagaimana dengan cukai? Cukai pendapatan dan cukai jualan berbeza setiap negeri.

Kemudahan - Adakah ianya mudah dicari? Adakah tempat letak kereta berdekatan? Fikirkan pelanggan anda. Jikan anda berurusan dengan ibu mengandung dan warga tua atau kurang upaya, adakah mereka mempunyai konsep "mudah" yang berbeza?

Keselamatan - Ini merupakan isu yang sangat penting untuk pelanggan dan pekerja. Adakah tempat letak kereta berdekatan? Terang? Adakah kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang baik?

Prestij - Adakah alamat pusat bandar menambahkan kredibility? Adakah ianya hanya memihak kepada pelanggan kaya? Sesetengah tempaat menyediakan pejabat maya dengan alamat yang berprestij.

Trafik - Peruncit dan restoran menyukai trafik yang sibuk. Tetapi tidak bagi pekerja pejabat.

Keperluan kemudahan - Adakah anda mempunya keperluan khas seperti penggunaan kuasa tinggi atau pendawaian khusus? Adakah anda perlu memenuhi ruang, tetapi hanya untuk satu jangka masa? Anda mungkin akan mempertimbangkan pejabat yang dikongsi atau nama lain suite eksekutif.

Pengezonan - Banyak bandar yang mempunya pengezonan yang ketat. Pastikan perniagaan anda telah dibenarkan untuk beroperasi sebelum anda disaman!

Kesimpulannya, keputusan-keputusan yang akan anda buat mungkin akan melibatkan isu-isu yang kompleks. Walaubagaimanapun, anda perlu tetapkan keutamaan anda, bersikap terbuka dengan pilihan yang anda ada, melakukan penyelidikan, dan bersedia untuk membuat pilihan untuk keputusan anda.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment