Konsep-Konsep penting dalam Software Design | Killjols Konsep-Konsep penting dalam Software Design | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Konsep-Konsep penting dalam Software Design

Data Kekal (Data Persistence)

Konsep Data Kekal

Data Presistence

Konsep rekabentuk data kekal(Data Persistence) adalah mengenai data yang kekal lama(long-live data). Ini bermakna data itu terus wujud walaupun apabila sistem dimatikan atau ditutup. Apabila kita menghidupkan sistem sekali kita akan dapat mengakses data itu kembali, dan segala nilai-nilai data akan masih ada dalam keadaan terakhir  sebelum ini.

*Data Persistence is a long-live data , the data that still exist even the system is turned. The data still can be access dan the data value still be there like a last previous state .

Kepentingan Data Kekal

Biasanya , operasi untuk mecapai data kekal adalah untuk menyelamatkan data untuk penyimpanan data berterusan, sebagai contoh ke dalam pengakalan data(database), hard disk , atau fail biasa.



Konsep Kawalan dan pengendalian Acara

Controll and Handling Events

Ia adalah berkenaan dengan cara menyusun data dan kawalan aliran dan juga bagaimana untuk mengendalikan event(Acara) secara reaktif dan pemasaan event(timing event). Kawalan dan pengendalian boleh dilaksana melalui pelbagai mekanisma seperti invokasi tersirat(Implicits Invocation) dan call-backs.

*Organize the data and flow of data , and how to handle the event in reactive and timing event.
*Can be handle with Implicit Invocation and call-backs

Contoh call-backs: Decision Controlled Calls
Contoh Implicits Invocation: Trigger



Konsep Pengendalian Ralat dan pengecualian dan Toleransi Kerosakan.

Error Handling and exception , Fault Tolerance

Konsep rekbentuk ini adalah tentang bagaimana untuk mencegah(prevent) , bertolak ansur(tolerate) dan kesilapan proses(Process Error) dan berurusan dengan keadaan yang luar dari kebiasaan(exceptional condition).

*How to prevent ,tolerate , deal process errorr and deal with exceptional conditions.


Konsep Pengagihan Komponen Perisian

Distribution of Software Components

Konsep rekabentuk ini adalah mengenai cara untuk mengagih/mengedar perisian di seluruh hardware seperti Computer hardware, network hardware dsb. Dan juga bagaimana komponen komunikasi dan middleware boleh digunakan untuk berurusan dengan perisian homogen(seragam) dan heterogen(tidak seragam). Pengagihan komponen secara langsung berkaitan dan bergantung kepada pelaksanaan platforms.

*How to distributed the software to through the hardware, How how communication component and middleware can be used to deal with homogenous software and heterogenous software.


Konsep Interaksi dan Penyampaian

Interaction and Presentation.

Konsep rekabentuk ini adalah berkenaan dengan bagaimana untuk menyusun dan mengatur interaksi dengan pengunna sebagaimana maklumat yang dibentangkan.

*How to organize and structure the interaction with users as well as the information being presented.


Konsep Keserentakan

Concurrency

Keserentakan untuk sistem komputer adalah tentang keadaan dimana beberapa komputasi yang dilaksanakan pada waktu yang sama , dan berpotensi untuk berinteraksi antara satu sama lain. 

Rekabentuk keserentakan adalah berkenaan dengan menguraikan(decomposing) perisian dalam pada masa yang  sama menjalankan proses. Ia adalah berkenaan tugas , threads dan menanggani isu-isu berkaitan dengan kecekapan(efficiency) atomicity , penyegerakan(synchronization) dan penjadualan(scheduling).

*The situation where some computation executed in the same time , and have a potentiall to interact with each other.
*Its about decomposing software and in the same time run the process.


Konsep Keselamatan dan Jaminan

Security and Safety


Security

Jaminan(Security) untuk sistem komputer adalah mengenai/termasuk kepada semua proses, perkhidmatan dan mekanisma untuk perlindungan sistem daripada akses yang tidak diingini atau yang tidak dibenarkan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. Keselamatan komputer juga termasuk melindungi sistem dari pada kegiatan(Event) yang tidak dirancang dan pencerobohan haram(illegal invasion). Pelanggaran(breach) dalam perisian keselamatan akan membolehkan penceroboh untuk mewujudkan kerosakan(damage) atau melakukan aktiviti bencana(disaster activity). 

*Security concept: Protect the system from unwanted access or illegal access and modification that not allowed. Protect the System from unplanned events and illegal invasion.

Safety

Keselamatan(Safety) untuk sistem komputer adalah mengenai pengunaan komputer dan perisian untuk memantau  dan sebagai kawalan keselamatan kritikal(safety-critical) subsistem atau fungsinya. Ia adalah mengenai teknik dan mekanisma yang menghalang perisian daripada memasuki kedalam situasi yang salah yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kehidupan manusia dan harta.

*Safety Concepts: Used of computer to Monitoring and handling a safety-critical and the function.A
technique or mechanisme that prevent the sistem to get into a wrong situation.


Sebagai contoh: Komputer yang mengawal life-saving yang digunakan di hospital haruslah perlu selamat digunakan. Begitu juga dengan  komputer yang mengawal loji kuasa nuklear, pesawat , kereta api automatik dan lain lain.

Kesilapan boleh menyebabkan bahaya, bencana dan kehilangan nyawa.

Security adalah berkenaan dengan menghindari dunia luar dari merosakan sistem komputer
Manakala Safety adalah mencegah sistem daripada merosakkan dunia luar.

*Security is about preventing the external world from harming the computer system, while safety is about preventing the computer system from harming the external world.



Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment