Komponen Utama dalam Produk Perisian. | Killjols Komponen Utama dalam Produk Perisian. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Komponen Utama dalam Produk Perisian.

Komponen Utama dalam Perisian Produk


Pembangunan perisian secara komersial melibatkan berpuluh-puluh malahan sehingga beri-ribu  ahli pasukan(team members) untuk berkerja dalam pelbagai peranan yang berbeza di bawah jadual yang ketat

Sebagai seorang pelajar atau sekadar hobi  yang membangunkan perisian atau perisian yang kecil adalah sangat berbeza dari perisian yang komersial. Pada pembangunan perisian komersial seseorang itu haru berkerja dalam satu pasukan yang saling berkerja sama secara individu atau berkumpulan.

Perisian boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti VCD , CD , DVD atau lain-lain. Ada yang datang dalam bentuk kotak yang mempunyi isi dan kepingan-kepingan tersembunyi dan juga data penerangan.

Banyak usaha diperlukan untuk membangunkan produk perisian .

Pembangunan produk perisian melibatkan banyak prosedur dan abstrak seperti:-

  • Produk Spesifikasi (Product Specification)
  • Kajian Produk(Product Reviews)
  • Dokumen Rekabentuk(Design Document)
  • Penjadualan(Schedule)
  • Feedback dan versi terdahulu(Feedback and previous version)
  • Maklumat Persaingan(Competitive Information)
  • Pelan Ujian (Test Plan)
  • Survei Pelanggan(Customer Surveys)
  • Kebolehgunaan Data(Usability Data)
  • Look and feel Specification
  • Perisian Arkitek dan Kod Perisian(Software Architecture and Software Code)

.

Kehendak Pelanggan Dari Sudut Pembangunan Perisian


Pasukan Pembangunan produk perisian haruslah mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Sesetengah pasukan hanya meneka/mengagak keperluan pelanggan tapi kebanyakan kumpulan pembangunan menggunakan cara mengumpul perisian , maklumat produk yang kompetitif, ulasan majalan , fokus pada satu kumpulan pengguna, dan terdapat banyak lagi kaedah yang lain , ada yang formal dan ada yang tidak. 

Semua maklmuat ini dikaji , didalami dan ditafsirkan untuk menentukan dengan tepat apa ciri-ciri produk perisian yang perlu ada. 

Fokus secara kumpulan

Fokus secara kumpulan sering dianjurkan oleh syarikat-syarikan kaji selidik bebas yang sering kita lihat di pusat membeli belah membuka pejabatnya di sana. 

Jurunilai atau surveyor biasanya akan berjalan di sekitar pusat membeli belah dengan papan klip dan meminta  orang ramai untuk mengambil bahgia dalam kajian mereka. 

Mereka akan bertanyakan soalan seperti:-

"Adakah anda mempunya PC di rumah?"
"Adakah anda menggunakan perisian X?"
"Berapa banyak masa anda habiskan didalam talian selama sehari"

Setelah demografi mereka diambil , mereka akan menjemput anda untuk kembali beberapa jam selepas itu untuk mengambil bahagian dengan beberapa orang lain dalam fokus secara kumpulan dan mereka akan bertanyakan soalan dengan lebih terperinci mengenai perisian komputer. Anda akan ditunjukan beberapa perisian dan diminta untuk memilih perisian kegemaran anda. Semua maklumat akan dikumpul secara sulit dan anda akan dibayar untuk masa anda.

Spesifikasi.


Hasil Kajian keperluan(Requirement) data adalah benar benar data yang mentah (RAW) . Ia tidak menggambarkan produk yang dicadangkan, ia mengesahkan sahaja sama ada ia perlu atau tidak diwujudkan dan ciri-ciri yang pelanggan mahukan.

Spesifikasi Mengambil segala maklumat ini ditambah apa-apa kehentad tidak dinyatakan tetapi wajib dan benar-benar menentukan apa produk ia akan jadi, apa yang ia lakukan dan bagaimana ia akan kelihatan kelak.

Format spesifikasi terlalu banyak, beberapa syarikat terutamanya produk-produk pembangunan kerajaan , aeroangkasa, kewangan dan perubatan menggunakan proses yang sangat ketat dengan banyak sekatan dan imbangan.

Hasilnya adalah spesifikasi yang sangat terperinci dan menyeluruh yang dimuktamadkan, bermakna ia tidak boleh diubah kecuali dibawah keadaan yang sangat diperlukan(extreme condition) . Setiap orang dalam pasukan pembangunan yang tahu apa yang mereka buat.


Penjadualan (Schedule)


Sebagai projek yang membangun dalam saiz dan kerumitan , dengan banyak kepingan dan ramai yang terbabit  dalam penyumbangan kepada produk , ia menjadi perlu untuk mempunyai beberapa mekanisma untuk mengesan kemajuan sesuatu projek. 

Ini boleh terdiri daripada senarai tugas seperti Gantt Charts , Gantt Charts digunakan untuk pengesanan terperinci setiap minit tugas dan perisian pengurusan projek. Matlamat penjadualan adalah untuk mengetahui kerja yang telah selesa, berapa banyak kerja yang masih perlu dilakukan dan bila ia akan diselesaikan.

*Gant Charts - is used to track a details every minute task and management of software project
* Goal For Gant Charts : Know which work has been compelted, how much work left, when all will be finished.


Dokumen Rekabentuk Perisian(Software Design Documents)


Satu tanggapan yang salah apabila menyangka seorang pengaturcara(programmer) mencipta satu program dengan hanya duduk dan mula menulis kod.

Ia adalah keadaan yang berlaku bagi programer yang memprogramkan program-program yang kecil atau program yang dibangunkan dikedai yang tidak formal.

Mejadi kemestian untuk proses rekabentuk untuk dirancang bagaimana perisian yang akan ditulis.

Beberapa jenis dokumen rekabentuk perisian biasa:

Arkitektur(Architecture)

Satu dokemen yang menerangkan rekabentuk secara keseluruhan sebuah perisian, termasuk perihal semua serpihan utama dan bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain.

*Describe design for overall of software and description of all major pieces and how they interact with each other.

Rajah Aliran Data(Data Flow Diagram)

Diagram formal yang menunjukan bagaimana data bergerak melalui program. .

*A Formalized diagram that show how data move through program.

State Transition Diagram(Peralihan keadaan)

Satu lagi diagram formal yang menunjukan cara bergerak dari satu keadaan(state) ke keadaan yang seterusnya .

*Show the way of moving from one state to next .

Carta Aliran(Flowchart Diagram)

Cara tradisional untuk gambaran yang menerangkan logik program.

*The traditional way for describing a logic program.

Commented Code.

Ada satu pepatah lama menyatakan anda boleh menulis kod sekali , tetapi ia kan dibaca oleh orang 10 kali . Komen code di sediakan sebagai kemudahan kepada orang lain memahaminya dan tahu apa yang dilakukannya.



Dokument Ujian (Test Document)


Pengaturcara dan penguji mestilah merancang dan mendokumenkan kerja mereka. Pelan Ujian menerangkan  kaedah keseluruhan yang akan digunakan untuk mengesahkan bahawa perisian itu memenuhi spesifikasi produk dan keperluan pelanggan. Ia termasuk Objektif Kualiti , keperluan sumber , jadual , tugasan , kaedah dan sebagainya.

* Test plan - describes the overall method to be used to verify the software meet the product specification and customer needs.

Kes Ujian Menyenaraikan perkara tertentu yang akan diuji dan menerangkan langkah-langkah terperinci yang akan diikuti untuk pengesahan perisian. Laporan Bug menghuraikan masalah didapati dalam kes-kes ujian yang telah dijalankan. Ini Boleh di atas kertas tetapi ia selalu dikesan didalam database. Jika kumpulan pasukan anda mengunakan kaedah automatik untuk menguji perisian anda, alat yang ada guna sama ada yang ditulis atau dibeli haruslah didokumenkan . Metrik ,statistik dan ringkasan disampaikan pada ketika progres dilakukan .Graf, chart dan penulisan laporan diambil.

*Test case - list the specific items that will be tested and describe details step that will be followed  to verify software.

*Bug Report - Describe a problem that exist in test case .



Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment